Anwar mulakan pembentangan Bajet 2027, beri penghargaan kepada barisan individu jayakan Formula 1

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memulakan ucapan pembentangan Bajet 2027 di Parlimen dengan merakamkan penghargaan kepada seluruh barisan individu yang menjayakan perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 4 Oktober lepas.

“Saya ingin memulakan dengan izin Tan Sri Yang Dipertua untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh barisan yang memungkinkan penganjuran mengejut Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia yang baru selesai dengan tertib dan jayanya,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata selain petugas F1, acara berkenaan turut dijayakan oleh ribuan sukarelawan serta penjawat awam.

“Ia menunjukkan bila kita dapat bergabung tenaga, dengan semangat segulai sejalai, Malaysia mampu berjaya di peringkat antarabangsa.

“Sama juga Sukan Asia ke-20, kita menyamai pencapaian terbaik, pemenang pingat merangkumi pelbagai kaum, menunjukkan kita mencapai yang terbaik bila kita dapat meraih kekuatan dari setiap komuniti,” kata Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun.

Perlumbaan berkenaan telah berlangsung di Sepang pada 2 hingga 4 Oktober 2026.

Perlumbaan ini mencatatkan sejarah unik kerana penganjuran asal di Sakhir, Bahrain terpaksa dipindahkan ke Malaysia akibat ketegangan geopolitik di Asia Barat, hasil persetujuan antara pihak F1, FIA, serta kerajaan Malaysia dan Bahrain.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat