KUALA LUMPUR – Peruntukan Kementerian Kesihatan bertambah kepada RM47.7 bilion pada 2027 berbanding RM46.5 bilion pada 2026.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sukacita mengumumkan, isu doktor kontrak juga akan dinoktahkan.
“Sejak 2023 Kerajaan Madani telah melantik secara tetap lebih 15,000 doktor kontrak termasuk 4,000 pada 2026.
“Bagi tahun 2027, lebih 9,000 doktor kontrak akan ditawarkan ke jawatan tetap.
“Ini bermakna, selepas ini doktor yang berjaya menamatkan latihan siswazah akan ditawarkan jawatan tetap pegawai perubatan.
“Manakala kadar insentif pos basik kepada 47,000 anggota paramedik dan jururawat yang memikul tanggungjawab besar di lapangan akan menerima kadar bayaran insentif daripada RM100 kepada RM200 sebulan,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2027.
Menurut Perdana Menteri lagi, Malaysia berdukacita atas tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara di Long Lellang yang meragut nyawa petugas barisan hadapan.
Justeru katanya, kerajaan bersetuju menaikkan bayaran insentif perkhidmatan kesihatan udara daripada RM30 kepada RM100.


