Tuanku Nadzaruddin guna gelaran Yang di-Pertuan Besar ke-12, tamatkan khidmat Setiausaha DKU

SEREMBAN – Tuanku Nadzaruddin ibni Almarhum Tuanku Ja’afar, yang menggunakan gelaran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12, mengeluarkan Titah menamatkan perkhidmatan YM Raja Norazli bin Raja Nordin sebagai Setiausaha Dewan Keadilan dan Undang (DKU) berkuat kuasa hari ini.

Surat bertarikh 17 September yang dilihat Suara.TV itu menamakan Tuanku Nadzaruddin sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan menyatakan tindakan tersebut dibuat pada menjalankan kuasa di bawah Perkara 25 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.

Raja Norazli dititahkan supaya serta-merta berhenti menjalankan fungsi dan tugasnya atau membuat sebarang representasi rasmi atas nama DKU.

Beliau turut diarahkan menyerahkan semua dokumen rasmi DKU, termasuk fail sulit, minit mesyuarat, kod akses pejabat dan harta milik dewan itu, selain mengosongkan Pejabat Setiausaha DKU.

“Warkah penamatan ini tidaklah memprejudiskan sebarang hak Beta, mahupun DKU untuk mengambil sebarang tindakan yang difikirkan wajar atas tindak tanduk saudara selama menjalankan kewajipan, mahupun membawa diri sebagai Setiausaha DKU,” menurut surat berkenaan.

Surat itu menyatakan ia termaktub di Istana Serting, Negeri Sembilan, pada 17 September 2026.

Perkembangan tersebut menyusul pengumuman Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim, pagi tadi bahawa beliau telah mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri meneruskan proses pewartaan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan pelantikan Tuanku Nadzaruddin. Arahan itu tidak bermaksud pewartaan telah selesai.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat