Ketua Penerangan PAS tempelak Anwar dalam isu Rohingya, minta PM berhenti menyalahkan orang lain

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah lupa bahawa beliau sendiri yang mengeluarkan banyak kenyataan mengalu-alukan kedatangan warga Rohingya masuk ke Malaysia sebelum jadi kerajaan tetapi berubah sebaliknya selepas memegang tampuk pentadbiran.

Beliau dalam satu kenyataan hari ini memetik kenyataan Anwar bertarikh 27 April 2020 ketika ada kebimbangan tentang kebanjiran pelarian Rohingya, Anwar ketika belum jadi Perdana Menteri menggesa kepimpinan negara agar jangan takut pertahankan Rohingya atas dasar kemanusiaan.

Ahmad Fadhli berkata Malaysia mempunyai seorang Perdana Menteri yang kerjanya hanya menyalahkan orangh lain jika berdepan masalah dan situasau yang perlu ditangani.

“Dalam isu Rohingya, PM menyalah kerajaan pimpinan DS Najib dan juga Presiden PAS – seolah-olah PAS turut jadi sebahagian dari kerajaan – yang mengalu-alukan kedatangan pelarian Rohingya,” katanya dalam kenyataan itu di laman Facebooknya hari ini.

Begitu juga satu kenyataan pada sehari sebelumnya Anwar menyebut bahawa Malaysia sokong untuk bantu warga Rohingya atas prinsip kemanusiaan, katanya.

“Beberapa hari sebelumnya, Anwar muncul dalam satu video menggesa kerajaan Malaysia jangan sekali-kali menghalau Rohingya dan membiarkan mereka kelaparan sekalipun berdepan dengan kecaman rakyat tempatan,” katanya.

Ahmad Fadhli berkata sewaktu menjadi pembangkang, Anwar banyak menggesa kerajaan untuk membela Rohignya atas dasar kemanusiaan dan turut mengecam kerajaan dengan mendakwa kerajaan masih belum cukup berperikemanusiaan.

“Bila jadi kerajaan kamu pula kecam kerajaan dahulu kerana terlebih-lebih mengalu-alukan Rohingya.

“Kamu ni kenapa sebenarnya? Atau kamu sudah lupa ingatan dan hidapi amnesia? Jika begitu perlu dapatkan rawatan segera,” katanya.

Menurut beliau, sebagai kerajaan Anwar sepatutnya berhentin menyalahkan orang lain dan hadapi masalah hari ini dengan satu jalan penyelesaian.

“Jika tidak mampu, undur dan serahkan kepada orang lain untuk menjadi kerajaan,” katanya.

Semalam, Anwar dalam satu siaran podcast ‘ Sembang Ohh Yeahh’ sempena Hari Malaysia berkata isu kemasukan warga Rohingya berlaku ketika masa pentadbiran kerajaan terdahulu di bawah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan penglibatan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Menurut Anwar, ketika itu terdapat perhimpunan besar-besaran bagi mengalu-alukan serta menyokong kehadiran masyarakat Rohingya di Malaysia.

Beliau berkata, keadaan itu kini menimbulkan kesan yang perlu ditangani kerajaan, termasuk isu keselamatan, ekonomi dan keresahan dalam kalangan rakyat tempatan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat