Facebook ‘Nepal Police’ papar senarai nama orang yang masih hilang dan laman web mayat tidak dikenalpasti

KUALA LUMPUR – Polis Nepal semalam telah menyiarkan senarai nama orang yang hilang dalam bencana banjir kilat yang melanda kawasan sempadan Nepal-China pada 26 Ogos lepas termasuk nama negara asing.

Paparan itu diletakkan di dalam Facebook ‘Nepal Police’ dalam bahasa Nepal dan ia turut memaparkan nama lapan orang wanita dan 15 orang lelaki warga Malaysia yang dilaporkan hilang.

Senarai nama itu memaparkan nama, tarikh lahir dan negara asal mereka.

Berikut adalah antara nama yang disenaraikan :-

  1. Mohd Fakhrul Munir Bin Mohd Isa, 44 tahun
  2. Mangala Vanan Krishnasamy, 50 tahun
  3. Malani M Vellu, 49 tahun
  4. Lingam Samykanoo, 49 tahun
  5. Letchumy Sinnappan, 47 tahun
  6. Krishnan Vadivelu, 74 tahun
  7. Komathi Rethinam, 48 tahun
  8. Kirubanithi Alagappan, 38 tahun
  9. Karunanithi Sundram, 65 tahun
  10. Kannan Kerisna, 51 tahun
  11. Kalaiselvi P Narayanasamy, 65 tahun
  12. Kalai Mathe Karuppaiah, 57 tahun
  13. Jason Ngeow, 56 tahun
  14. Inthumathy Subramaniam, 54 tahun
  15. Gunavathy Muthusamy, 60 tahun
  16. Gunanesan Vellaisamy, 58 tahun
  17. Eswary Maniraj, 35 tahun
  18. Brabaakaran Krishnan, 47 tahun
  19. Balasingam Kesavan, 71 tahun
  20. Azman Bin Karim, 60 tahun
  21. Arunasalam Karuppiah, 70 tahun
  22. Appannah A Muthaloo, 56 tahun
  23. A Ganesan Anandan, 52 tahun

Sebelum ini, laporan media menyebut Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata bilangan rakyat Malaysia yang masih hilang akibat bencana dahsyat itu masih belum disahkan secara rasmi oleh pihak berkuasa negara itu.

Sementara itu, Polis Nepal turut menyediakan senarai dan gambar mayat mangsa yang belum dikenal pasti dalam bencana itu bagi membantu ahli keluarga membuat pengecaman.
Senarai dan gambar berkenaan boleh diakses dengan mengimbas kod QR yang terdapat di laman Facebook ‘Nepal Police.

author avatar
Ibnu Khusairy Aris
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat