Semarak Maulidur Rasul, Tunku Besar Tampin santuni 50 asnaf

TAMPIN – Yang Teramat Mulia Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri berkenan menyampaikan sumbangan bakul makanan dan wang tunai kepada 50 penerima dalam kalangan asnaf di daerah ini sempena sambutan Maulidur Rasul.

Program bertemakan ‘Bersama Menghidupkan Sunnah, Menyemai Cinta Rasulullah SAW’ itu berlangsung di pekarangan Surau Al-Khusyu’, Balai Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin, sebagai usaha menyemarakkan semangat kebersamaan serta menghidupkan nilai murni yang diteladani daripada Rasulullah SAW.

Majlis berkenaan turut mengetengahkan konsep berkongsi rezeki dan saling membantu, selaras dengan ajaran Rasulullah SAW yang menggalakkan umat Islam mengambil berat terhadap golongan memerlukan serta membudayakan amalan memberi kepada sesama insan.

Inisiatif kebajikan itu turut mendapat sokongan Yayasan VFive Group, dengan sumbangan bakul makanan dan wang tunai disumbangkan oleh Teraju Construction Sdn Bhd serta Asri Ahmad Akademi, sebuah institusi yang memberi tumpuan kepada pendidikan dan ilmu berkaitan pelaburan saham.

Tunku Syed Razman bertitah, sumbangan berkenaan bukan sahaja bertujuan meringankan beban penerima, malah mencerminkan tanggungjawab sosial pihak korporat dan badan kebajikan dalam berkongsi rezeki bersama masyarakat.

“Sumbangan berkenaan bukan sahaja bertujuan meringankan beban penerima, malah menjadi manifestasi tanggungjawab sosial pihak korporat dan badan kebajikan dalam berkongsi rezeki dengan masyarakat, khususnya golongan asnaf yang memerlukan perhatian serta sokongan berterusan,” titah baginda.

Turut berkenan hadir ialah Che Puan Isteri, Anis Sobari yang turut menyampaikan sumbangan kepada para penerima.

Menurut Tunku Syed Razman, penganjuran program itu diharap dapat menyemai kecintaan terhadap Rasulullah SAW menerusi penghayatan sunnah dalam kehidupan seharian, selain menjadikan sambutan Maulidur Rasul sebagai momentum memperkukuh amalan kebajikan dan nilai kasih sayang sesama insan.

Yayasan VFive Group pula diwakili Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Media, Pengiklanan dan Perkhidmatan VFive Group Sdn Bhd, Ts Amir Junaidi Amerrudin.

Turut hadir Pengasas dan Pengarah Urusan Teraju Construction Sdn Bhd, Fakhrul Nazhi Hanaffi serta Pengasas Asri Ahmad Akademi, Datuk Mohd Asri Ahmad.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat