PM terkesan banjir kilat Nepal, 54 orangr rakyat Malaysia masih belum dapat dihubungi

KUALA LUMPUR – Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu, Nepal kini sedang menjalinkan kerjasama rapat dengan pihak berkuasa Nepal serta agensi berkaitan selepas bencana banjir kilat yang berlaku di kawasan sempadan Nepal dan China semalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pegawai dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, Bangladesh juga sudah digerakkan untuk membantu memperkukuh urusan penyelarasan di kawasan kejadian.

Tambah Anwar dalam satu kenyataan hari ini, Kerajaan Madani menerusi Kementerian Luar Negeri (KLN) akan terus memantau perkembangan itu dengan teliti dan menggembleng segala ikhtiar yang diperlukan bagi memastikan keselamatan serta kebajikan rakyat Malaysia yang terjejas diberi keutamaan.

Perdana Menteri melahirkan rasa dukacita dengan kejadian itu dan amat terkesan apabila diberitahu Kementerian Luar ada kira-kira 54 orang rakyat Malaysia masih belum dapat dihubungi setakat ini.

Katanya, usaha mengesan serta mendapatkan perkembangan mengenai keadaan rakyat Malaysia terlibat sedang giat dilakukan.

“Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama mendoakan agar kesemua mereka segera ditemui dalam keadaan selamat dan segala usaha mencari serta menyelamat dipermudahkan. Insya-Allah,” menurut kenyataan itu.

Liputan media luar negara sebelum ini melaporkan, jumlah kematian akibat bencana besar dan tanah runtuh itu sudah meningkat kepada 160 orang.

Sementara itu, lebih 680 orang pelancong, pengembara, anggota keselamatan, pekerja dan penduduk tempatan dilaporkan hilang di kedua-dua negara.

author avatar
Ibnu Khusairy Aris
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat