KUALA LUMPUR – Ahli politik yang juga bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan di Kementerian Kewangan (MOF) tiba di Mahkamah Putrajaya untuk kebenaran reman.
Kedua-dua Individu bergelar Datuk Seri dan Tan Sri berusia 60-an yang memakai pakaian lokap jingga dan bergari , tiba pada jam 9.30 pagi diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Turut kelihatan ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH yang sebelum ini direman bagi membantu siasatan sama, lapor BH di Putrajaya pada Khamis.
Media semalam melaporkan seorang ahli politik bergelar Datuk Seri yang juga bekas Pengerusi TH ditahan SPRM semalam, bagi membantu siasatan kes susulan pendedahan dan dapatan Laporan RCI berkaitan agensi berkenaan.



