Bengkel Pengarahan Teater, pembimbing Joe K.A.S

Oleh Zihan Zari

ALOR SETAR – Persatuan Teater Alor Setar (PENTAS) dengan kerjasama Jabatan kebudayaan dan kesenian Negara (JKKN) Kedah terus memperkasakan seni teater tanah air dengan menganjurkan Bengkel Pengarahan Teater di Star Grand Hall Menara Alor Setar, dekat sini baru-baru ini.

Setiausaha PENTAS, Mohd Zulkamal Ismail (Joe K.A.S) berkata, bengkel yang berlangsung selama tiga hari itu dihadiri oleh 25 peserta dari pelbagai institusi pendidikan dan aktivis teater tempatan dari Kedah, Pulau Pinang dan Johor Bahru

Joe K.A.S yang juga merupakan tokoh pengarah teater tersohor di utara tanah air, telah mengendalikan sepenuhnya bengkel itu, menjelaskan matlamat bengkel untuk memberikan menimba ilmu dan pendedahan asas pengarahan teater.

“Selain itu, bagi melahirkan lebih ramai bakat-bakat baharu dalam bidang pengarahan teater dan membina khalayak teater, ”katanya.

Katanya, di akhir bengkel peserta perlu memilih skrip dan menganalisis skrip untuk persediaan pementasan. Peserta perlu membentang idea, teknik dan strategi untuk pra pementasan.

“Bengkel ini telah mendapat sambutan memberansangkan dan rata-rata peserta berpuas hati dengan pengisian bengkel yang padat dan bermanfaat serta dapat membantu melahirkan pengarah teater yang berkualiti tinggi, sekali gus menyumbang kepada kelangsungan seni teater di Malaysia,”katanya lagi.

Dalam pada itu, beberapa peserta turut memberikan pandangan, pendapat, serta idea masing-masing mengenai bengkel tersebut.

Antaranya, Rashidi Abdul Kharis menyatakan pengalaman tiga hari tersebut merupakan satu proses asas pendedahan dan persediaan untuk bertindak sebagai seorang pengarah yang sangat memberi manfaat kepada peserta.

“Bengkel seumpama ini membuka matanya dengan dunia pengarahan teater serta memberi inspirasi untuk terus berkarya, ”katanya yang juga Ahli Pentas Teater Perak, Ipoh.

Manakala Ain Shuhada Abdul Rashid dari JKKN Kedah berkata, satu bengkel yang memberi manfaat kepadanya di mana bengkel ini memberi pendedahan tentang pengarahan yang lebih mendalam dan mempunyai aktiviti sangat bermanfaat kepada peserta.

“Bengkel ini berjaya meningkatkan pengetahuan, kemahiran, kreativiti dan keyakinan dalam bidang pengarahan teater serta memberi pengalaman praktikal yang boleh diaplikasikan dalam penghasilan persembahan di sekolah,”kata Nor Hafizah Mohd Fuzi dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hosba.

Basra Jusoh dari SMK Hosba berkata, individu yang tiada ilmu berkaitan pengarahan teater, amat menghargai ilmu yang diberikan. Banyak yang dipelajari dan dapat diaplikasikan dalam perancangan untuk mengembangkan teater di sekolah.

“Saya tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang teater, jadi program ini bagi satu pengalaman baru yang bermanfaat kepada saya. Melalui program ini, saya dapat menambah ilmu dan mengenali dunia teater dengan lebih dekat, ”kata Siti Marhanies Omar dari SMK Hosba.

“Selain itu, saya juga berpeluang menambah kenalan baharu serta berkongsi pengalaman dengan peserta lain. Secara keseluruhannya, program ini sangat menarik, memberi manfaat dan membuka ruang untuk saya mempelajari sesuatu yang baharu, ”katanya lagi. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat