Bekas CEO Tabung Haji tiba di mahkamah untuk permohonan reman

KUALA LUMPUR – Seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Tabung Haji (TH) tiba di Mahkamah Putrajaya pada pagi Jumaat bagi pendengaran permohonan reman terhadapnya.

Individu berusia 60-an yang memakai pakaian lokap warna jingga dan bergari itu, tiba pada jam 9.38 pagi diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menurut Berita Harian.

Akhbar itu semalam melaporkan beliau dipercayai menjadi antara individu terbaru dalam radar siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan TH.

Sumber sebelum ini memaklumkan, individu berkenaan juga adalah ahli korporat terkenal yang pernah memegang jawatan di beberapa syarikat terkemuka di negara ini.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat