Bawalah suara rakyat dengan berani meski terpaksa menongkah arus sendirian – Akmal hargai Merlimau

KUALA LUMPUR – Adun Merlimau Datuk Dr Akmal Saleh mengingatkan supaya pemimpin politik membawa suara rakyat dengan berani, walaupun terpaksa menongkah arus dan berdiri sendirian.

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka itu menegaskan tanpa suara rakyat seseorang pemimpin tidak akan berada di posisi mereka sekarang.

“Dengarlah suara rakyat, kerana atas kepercayaan dan suara merekalah kita berada di sini.

“Bawalah suara rakyat dengan berani, walaupun terpaksa menongkah arus dan berdiri sendirian,” tegas Ketua Pemuda Umno itu.

Dalam pada itu, Akmal merakam penghargaan kepada rakyat Merlimau kerana telah membentuk siapa dirinya sekarang ini.

“Terima kasih Merlimau kerana menjadikan siapa Dr Akmal Saleh hari ini.

“Terima kasih,terima kasih dan terima kasih.

“Anak kampung untuk orang kampung,” ujarnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat