Dana RM10 juta Yayasan Bank Rakyat tidak lesap, tidak disakau sesiapa – Nazir Hussin

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Nazir Hussin Akhtar Hussin menyangkal berlakunya penyelewengan dana berjumlah RM10 juta membabitkan Yayasan Bank Rakyat (YBR) sebaliknya mendakwa pelaburan berkenaan telah memberikan pulangan hibah sebanyak RM1.85 juta.

Bekas Pengerusi YBR itu menjelaskan, modal pelaburan RM10 juta yang dibuat YBR itu juga telah diperoleh semula sepenuhnya sebelum pelaburan berkenaan ditamatkan pada November 2022.

“Dana RM10 juta yang dilaburkan oleh Yayasan Bank Rakyat adalah tidak hilang, tidak lesap, tidak rugi walaupun satu sen dan tidak disakau oleh sesiapa. Malah, dana yayasan yang dilaburkan tersebut telah mendapat keuntungan hibah sebanyak RM1.85 juta sepanjang tempoh pelaburan.

“Kerana apa yang berlaku ialah semua pihak mempersoalkan tentang pelaburan RM10 juta dan digambarkan seolah-olah 10 juta tersebut telah lesap.

“Yayasan Bank Rakyat ketika saya menjadi pengerusi, kita telah mengambil segala langkah, kita telah mengambil segala proses tadbir urus yang baik, good governance, due diligence ketika dan sebelum kita membuat pelaburan. Jadi tak ada salah laku, tak ada penyelewengan.

“Perkara tersebut mengikut proses yang proper dan pelaburan itu dibuat dengan cara yang betul, dengan punca kuasa yang betul dan pelaburan tersebut mendatangkan keuntungan kepada Yayasan Bank Rakyat. Bukan mendatangkan keuntungan kepada saya, tapi kepada Yayasan Bank Rakyat dan Yayasan Bank Rakyat menerima keuntungan daripada pelaburan tersebut sebanyak hampir RM2 juta. Ini fakta yang paling penting sekali,” jelas Nazir Hussin dalam sidang media pada Khamis.

Manakala perkara kedua, yang dikatakan beliau telah menyalahgunakan kedudukan, kuasa dan membuat pelaburan kepada syarikat milikan abangnya sebagaimana yang dibacakan dalam permohonan reman oleh pihak SPRM kepada Majistret tempoh hari.

“Kononnya, saya telah menyalahgunakan kedudukan saya dan juga salah guna kuasa melabur kepada syarikat abang saya. Itu adalah satu dakwaan yang saya rasa sangat tidak tepat dan itu satu kesilapan besar yang boleh menimbulkan persepsi yang salah terhadap saya dan abang saya.

“Untuk makluman semua, abang saya bukanlah pemilik syarikat tersebut dan abang saya adalah salah seorang pelabur beberapa bulan kemudiannya.

“Apabila pelaburan tersebut bagus, kita nampak potensi pelaburan itu bagus dan kemudiannya saya berkongsi dengan abang saya dan rakan-rakan lain. Jadi mereka pergi pitching dan abang saya invest. Abang saya adalah seorang pelabur beberapa bulan berikutnya. Syarikat tersebut bukan milik abang saya. Ini fakta kedua yang paling penting kerana di luar sana keadaan itu berbeza.

“Persepsi yang telah ditimbulkan itu sangat-sangat salah terhadap saya dan abang saya,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat