KUALA LUMPUR – Naib Presiden Pas Datuk Idris Ahmad membayangkan kerjasama antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) akan berjaya membawa gelombang perubahan Kerajaan Pusat di Putrajaya.
Jangkaan beliau itu memberi gambaran kerjasama PN dan BN bakal diteruskan demi merampas Kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) ini.
“Kerjasama PN dan BN dalam PRU-16.
” Insya-Allah Kerajaan Pusat akan bertukar kepada kita.
“Doakan yg terbaik,” ujar Ahli Parlimen Bagan Serai itu.
Sebelum ini, badan pemikir Ilham Centre menjangkakan, gelombang biru berpotensi menyapu sehingga 122 kerusi Parlimen di Semenanjung untuk gabungan BN-PN menjelang PRU16.
Bagaimanapun, badan pemikir berkenaan yang membuat unjuran itu berkata, ia berdasarkan andaian bahawa corak pengundian di Negeri Sembilan akan berulang di seluruh negara.
Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisommudin Bakar berkata, jika Umno dan Pas — parti Melayu-Islam dalam gabungan masing-masing — berjaya memastikan penyokong terus memberi sokongan kepada calon antara satu sama lain, mereka berpotensi merampas kerusi sebelum ini dimenangi tipis oleh Pakatan Harapan (PH).



