Wanita mohon bantuan orang ramai kesan ibunya Sabariah Ahmad yang hilang sejak 15 Ogos lalu

KUALA LUMPUR – Seorang wanita memohon bantuan orang ramai untuk bantuan mencari ibunya yang hilang sejak pukul 12 tengah hari, 15 Ogos lepas dan kali terakhir ibunya dilihat ialah di Taman Desa Permai, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Menurut beberapa hantaran di media sosial oleh anaknya Emma Zuraida Jaafar, ibunya bernama Sabariah Ahmad, 69 tahun ketika hilang membawa seutas beg tangan berwarna hijau.

Menceritakan kronologi kejadian Sabariah, anak wanita itu berkata pada pukul 8 pagi hari kehilangan anak saudaranya terdenar bunyi seperti seseorang sedang memasak di dapur menyangka neneknya sedang memasak seperti biasa.

“Pukul 12 tengah hari, anak saudara bangun tidur dan mendapati neneknya sudah tiada di rumah.

“Dia cuba menghubungi nenek melalui telefon, tetapi telefon telah dimatikan,” katanya.

Menurut Emma Zuraida, pada pukul 6 petang, ibunya masih belum pulang dan masih tidak dapat dihubungi.

“Selepas suami saya menasihatkan supaya laporan polis dibuat, anak saudara saya terus bersiap ke balai polis.

“Pada ketika itu kami masih berada di Kuala Lumpur kerana sedang menguruskan majlis dan pada pukul 6.20 petang, laporan polis mengenai kehilangan ibu saya dibuat,” katanya.

Selepas 24 jam, anaknya memaklumkan masih belum ada sebarang tanda atau petunjuk mengenai kehilangan ibunya.

“Ibu saya tidak mempunyai masalah penyakit lupa atau masalah ingatan, beliau seorang yang sihat dan masih kuat cuma mempunyai sedikit masalah sakit lutut menyebabkan beliau tidak boleh berjalan jauh,” katanya.

Beliau berkata tidak ada beg pakaian dibawa bersama dan itu adalah tanda ibunya tidak merancang untuk tidur di mana-mana.

“Pada petang Sabtu, tarikh kehilangan, beliau sebenarnya mempunyai rancangan untuk ke Damansara bersama anak saudara saya dengan menaiki kereta namun sekitar pukul 12 tengah hari, beliau sudah didapati tiada di rumah,” katanya.

Sabariah menetap di Taman Desa Permai di Port Dickson Negeri Sembilan bersama cucu perempuannya dan seorang anak angkat lelaki yang juga merupakan anak saudara ibunya.

“Kami sekeluarga masih berusaha mencari dan sangat berharap sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat atau terlihat beliau dapat tampil membantu dengan menghubungi 018-9804438 atau 018-3677855,” katanya Emma Zuraida.

author avatar
Ibnu Khusairy Aris
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat