Senam Sihat MADANI Merdeka sasar lebih 50,000 peserta di 1,098 NADI

JOHOR BAHRU – Lebih 50,000 peserta disasarkan menyertai Senam Sihat MADANI Merdeka 2026 yang akan digerakkan secara serentak di 1,098 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di seluruh negara sempena sambutan Bulan Kebangsaan.

Program itu turut menyasarkan pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) bagi penyertaan senaman secara serentak menerusi rangkaian NADI di seluruh negara.

Inisiatif berkenaan dilancarkan oleh Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), Kementerian Komunikasi, Datuk Aminurrahim Mohamed bersempena Program MADANI Kita (PMK) Larkin, di sini.

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), program tersebut bertujuan menghimpunkan komuniti menerusi aktiviti kecergasan yang mempromosikan gaya hidup sihat, kebersamaan dan semangat perpaduan.

Senam Sihat MADANI Merdeka merupakan antara inisiatif di bawah teras Kesejahteraan Kendiri dalam Perkhidmatan Pintar NADI yang menggalakkan masyarakat membudayakan gaya hidup aktif serta menjaga kesihatan diri dan keluarga.

Pelaksanaannya melalui 1,098 NADI membolehkan mesej serta aktiviti berkaitan kesejahteraan komuniti diperluaskan sehingga ke peringkat akar umbi.

Usaha memperkasa kesihatan masyarakat turut diketengahkan menerusi PMK Larkin dengan penyediaan pelbagai perkhidmatan percuma, termasuk saringan kesihatan asas, pemeriksaan pergigian dan saringan risiko kesihatan jantung menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Kemudahan itu diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penjagaan kesihatan, selain menggalakkan pengesanan awal risiko agar tindakan susulan dapat dilakukan dengan segera.

Sehingga kini, seramai 137,254 peserta di seluruh negara telah mengikuti program di bawah teras Kesejahteraan Kendiri.

Di Johor Bahru, seramai 245 peserta menerima manfaat daripada program dan aktiviti saringan kesihatan yang dilaksanakan melalui NADI setakat ini.

PMK Larkin merupakan lokasi ketiga dalam siri Program MADANI Kita yang diselaraskan MCMC menerusi NADI selepas Permatang Pauh dan Nibong Tebal.

Program berkenaan memperlihatkan peranan NADI yang semakin berkembang, bukan sahaja sebagai pusat penyediaan akses digital, malah sebagai platform pelaksanaan inisiatif kesihatan, kesejahteraan dan pembangunan komuniti.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat