Dr Asyraf mohon doa orang ramai agar 2 pelajar MRSM hilang selamat ke pangkuan keluarga

KUALA LUMPUR – Pada waktu pagi hari ini, Jumaat status Facebook Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memohon doa orang ramai agar dua pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Alor Gajah yang hilang ditemui dan kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat.

“Di pagi Jumaat barakah ini tolong doakan agar dua pelajar MRSM Alor Gajah Siti Nur Aaira Aidi dan Nur Aisy Humaira Mohd Saad yang hilang kembali semula ke pangkuan keluarga masing-masing dengan selamat,” demikian status Dr Asyraf hari ini.

Menurut pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), laporan diterima melibatkan kehilangan itu oleh guru pada pukul 10.46 malam, 11 Ogos lepas.

“Siti Nur Aaira mempunyai ketinggian 157 sentimeter serta berat 50 kilogram, berkulit gelap dan beralamat di Bandar Bukit Mahkota, Kajang, Selangor.

“Manakala Nur Aisy Humaira mempunyai ketinggian serta berat sama dan berkulit cerah dengan terakhirnya adalah di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor,” katanya menerusi satu kenyataan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kedua-dua individu ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Shahrul Izwan Mohd Suffian di talian 017-8180106 atau melaporkan ke balai polis berhampiran.

Berdasarkan maklumat pada poster yang diedarkan, lokasi terakhir kedua-dua pelajar berkenaan dilihat adalah di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur.

Siti Nur Aaira dilaporkan terakhir dilihat memakai baju berwarna hitam, berkulit cerah sederhana atau kacukan, berbadan kurus serta tinggi.

Sementara itu, Nur Aisy Humaira pula kali terakhir dilihat berpakaian gelap.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung keberadaan kedua-dua remaja berkenaan diminta segera menghubungi talian waris di +60 13-299 4303 (Ibu), +60 19-765 2404 (Ayah), 019-237 0810 (Nisa – Ibu) atau mana-mana balai polis berdekatan.

author avatar
Ibnu Khusairy Aris
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat