PH tumbang di Negeri Sembilan angkara kempen politik perkauman luar biasa – Amirudin

SEREMBAN – Pakatan Harapan (PH) menyalahkan kempen perkauman yang luar biasa dimainkan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menjadi punca tumbangnya PH di Negeri Sembilan.

Pengarah Pilihan Raya PH Datuk Seri Amirudin Shari berkata, PRN kali ini memperlihatkan kempen perkauman yang luar biasa bersifat identiti dan hampir sepenuhnya mampu menyemai unsur-unsur pecah belah dikalangan masyarakat dalam negeri dan negara ini.

“Saya percaya kempen berunsur perkauman seperti ini akan menimbulkan dan terus membangkitkan kegelisahan serta pearsaan syak wasangka dikalangan rakyat, terutamanya antara kaum Melayu dan bukan Melayu.

“Kaedah ini bagi kami merupakan satu hala tuju yang tidak membantu ke araha memajukan Negeri Sembilan mahupun Malaysia, kerana isu-isu asas seperti ekonomi tempatan, peluang pekerjaan, generasi muda dan pendidikan anak-anak, kos sara hidup serta kebajikan rakyat diabaikan sepanjang kempen pilihan raya oleh pihak lawan PH.

“Nampak sangat dikotomi antara bukan Melayu dan Melayu dalam trend politik dan ini harus dibetulkan pada masa depan kepada politik penyatuan rakyat bagi mengekang perpecahan dalam masyarakat,” kata Menteri Besar Selangor itu.

Ditanya pihak yang wajar dipertanggungjawabkan atas kekalahan PH di Negeri Sembilan, Amirudin berkata sebagai pemimpin PH mereka semua mengambil tanggungjawab kolektif tanpa menuding jari kepada sesiapa.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat