Tidak rasmi: DUN Juasseh dijangka kekal milik BN, majoriti sukar dipintas

KUALA PILAH – Barisan Nasional (BN) berada di landasan kukuh untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh apabila mendahului dengan majoriti besar dalam keputusan tidak rasmi setakat ini.

Berdasarkan paparan keputusan semasa, calon BN memperoleh 6,025 undi, meninggalkan calon Pakatan Harapan (PH) yang meraih 2,421 undi, manakala calon BERSATU memperoleh 440 undi.

Dengan 29 daripada 33 saluran selesai dikira, BN mendahului dengan majoriti 3,604 undi, sekali gus meletakkan parti itu dalam kedudukan yang amat sukar dicabar pada baki empat saluran.

DUN Juasseh mempunyai seramai 13,671 pengundi berdaftar pada PRN Negeri Sembilan 2026.

Pada PRN 2023, Juasseh dimenangi calon BN dengan majoriti 78 undi selepas menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) dalam pertandingan satu lawan satu. PRN kali ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, PH dan BERSATU, namun keputusan tidak rasmi setakat ini menunjukkan BN berjaya memperkukuh penguasaan di kerusi berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat