Guan Eng ingatkan peranan Zahid dalam skandal pembelian LCS, wang berbilion ‘hilang’, serahan lewat, teknologi ketinggalan zaman

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP Lim Guan Eng menyelar, pendedahan Laporan Ketua Audit Negara 2026 bahawa kemajuan Projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) lewat 7.55 peratus di antara 30 hingga 108 hari setakat 25 Jun lepas, hanya mengingatkan kembali skandal pembelian LCS yang melibatkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Guan Eng, ayat “sila dilaksanakan” membuatkan Zahid Hamidi masih dihantui oleh skandal pembelian 5 buah LCS sebanyak RM 11.22 bilion sejak 2011, di mana RM 6.1 bilion di bayar oleh kerajaan tanpa penyerahan sebuah kapal LCS pun setakat ini.

“Semasa Zahid memegang jawatan Menteri Pertahanan, beliau didapati menulis nota tangan pada surat bertarikh 8 Julai 2010 daripada syarikat Boustead Naval Shipyard yang dihantar kepada Zahid yang berbunyi “SUB (Setiausaha Bahagian) Perolehan, sila laksanakan” pada bucu surat berkenaan.

“Surat itu mengandungi permohonan mandat dan restu kerajaan untuk projek LCS tersebut,” dakwa Ahli Parlimen Bagan itu dalam hantaran di Facebook beliau pada Selasa.

Guan Eng mengulas, Laporan Ketua Audit Negara menyatakan kelewatan itu berisiko menjejaskan penyerahan fizikal (PHO) LCS 1 yang pada asalnya dijadualkan pada 26 Ogos 2026 dan kini mempunyai sasaran baharu pada 26 Disember depan.

“Kesiapsiagaan penuh Projek LCS adalah bergantung kepada Kontrak Pelengkap yang hanya dapat disempurnakan pada Disember 2035, iaitu melangkaui tempoh akhir Kontrak Utama pada 25 April 2030.

“Selain daripada kehilangan wang berbilion ringgit, kelewatan penyerahan LCS selama 24 tahun pada 2035 untuk tempahan yang dibuat pada 2011, tentu menimbulkan soalan sama ada teknologi dalam LCS akan jadi usang dan ketinggalan zaman dalam medan kelengkapan senjata yang berteknologi tinggi ini,” katanya.

Projek Kapal LCS bernilai RM11.22 bilion terus berdepan kelewatan, dengan kemajuan keseluruhan projek ketinggalan 7.55 peratus setakat 25 Jun lalu, sekali gus menghidupkan semula persoalan terhadap proses perolehan projek berkenaan.

Justeru, Guan Eng berkata, perkembangan terbaharu itu turut mengingatkan kembali kepada kontroversi perolehan LCS ketika Zahid menjadi Menteri Pertahanan, termasuk nota tangan “sila dilaksanakan” yang ditulis pada surat berkaitan projek berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat