Sultan Selangor sifatkan adalah lebih baik LRT3 dibina ikut perancangan asal

SHAH ALAM – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan gesaan bahawa adalah lebih baik jilka projek Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Shah Alam (LRT3) yang dibuka kepada umum 29 Jun lepas dapat disiapkan mengikut perancangan awal.

Menurut satu kenyataan Istana Alam Shah, kemudahan sistem pengangkutan awam itu amat penting untuk meningkatkan mutu kehidupan rakyat dan mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas.

Baginda Sultan Selangor akan menantikan pembinaan lima lagi stesen yang tertangguh iaitu Tropicana, Temasya, Raja Muda, Bukit Raja dan Bandar Botanik.

“Alangkah baiknya kalau laluan LRT3 siap seperti perancangan asal kerana baginda berpandangan perkhidmatan tren itu adalah kemudahan pengangkutan awam yang penting untuk kesenangan rakyat.

“(Bagaimanapun) Baginda turut memuji kesabaran rakyat Selangor dan Alhamdulillah, akhirnya LRT3 Laluan Shah Alam siap dan boleh digunakan. Baginda juga percaya ada hikmah yang Allah ingin tunjukkan daripada kelewatan itu,” menurut kenyataan berkenaan semalam.

Kenyataan itu menyebut Baginda sendiri diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan merasai sendiri pengalaman menairi LRT laluan berkenaan dari stesen Bandar Utama, Petaling Jaya hingga stesen Johan Setia, Klang.

Baginda turut menzahirkan rasa syukur kerana projek infrastruktur yang sekian lama dinantikan akhirnya menjadi kenyataan.

Dalam kenyataan sama, Baginda berkenan merakamkan penghargaan kepada seluruh warga kerja Prasarana dan juga MRCB serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak untuk menjayakan pembinaan dan operasi LRT3 ini.

“Baginda teIah disembah maklum bahawa sepanjang pelaksanaan projek LRT3, lebih 13,000 individu telah menyumbang tenaga, kepakaran dan komitmen mereka dalam merealisasikan pembinaan Laluan Shah Alam.

“Sepanjang tempoh pembinaan selama 10 tahun 9 bulan, secara puratanya seramai 8,000 kakitangan bertugas di pelbagai lokasi pada satu-satu masa, merangkumi pelbagai disiplin dan bidang kepakaran bidang kepakaran bagi memastikan projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya,” menurut kenyataan berkenaan.

Baginda bertitah walaupun stesen, landasan dan tren merupakan hasil yang dapat dilihat oleh masyarakat, hakikatnya sebenar projek ini adalah manifestasi dedikasi, profesionalisme serta semangat lebih 13,000 individu yang telah mengabdikan tenaga dan kepakaran mereka sepanjang pembinaannya.

author avatar
Ibnu Khusairy Aris
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat