Wan Saiful fail saman RM10 juta terhadap Tun Faisal, fitnah Jana Wibawa

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan memfailkan saman bagi menuntut pampasan RM10 juta terhadap Ketua Penerangan Bersatu Datuk Tun Faisal Ismail Aziz perkara ini berkait kenyataan fitnah isu program Jana Wibawa, tahun lalu.

Dalam kenyataan media pada Selasa, Wan Saiful memaklumkan, writ saman dan penyataan tuntutan terhadap Tun Faisal difailkan peguamnya di Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.

Beliau mengarahkan peguamnya memfailkan saman itu kerana Tun Faisal enggan memenuhi tuntutan selepas tiga surat dihantar.

“Pada 3 Dis 2025, peguam saya menghantar satu surat kepada Tun Faisal susulan kenyataan fitnah yang dia keluarkan terhadap saya dalam satu podcast ‘The Tiger Show’ pada 31 Okt 2025.

“Dalam surat itu, antara lainnya saya menuntut supaya Tun Faisal menarik balik, memohon maaf dan membayar ganti rugi RM10 juta atas kesalahan memfitnah saya,” kata beliau.

Wan Saiful menyatakan, pada 12 Jan lalu peguam Tun Faisal membalas surat itu dan menyatakan bahawa Tun Faisal enggan memenuhi tuntutan beliau.

Susulan itu, peguam Wan Saiful membalas surat tersebut pada 2 Mac dan menghantar satu lagi surat bertarikh 7 Julai meminta Tun Faisal mencadangkan bentuk penyelesaian yang substantif.

“Oleh kerana sehingga hari ini beliau tidak membalas atau memberi apa-apa cadangan, saya telah mengarahkan peguam saya memfailkan tindakan mahkamah yang tegas di Mahkamah Tinggi Shah Alam,” katanya.

Wan Saiful berkata, kenyataan Tun Faisal berkait program Jana Wibawa adalah fitnah dan palsu serta mencemarkan nama baik beliau serta Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat