“Surat letak jawatan masih tergantung, kami menunggu” – MP Pendang sindir Kor Ming

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pendang Datuk Awang Solahuddin Hashim menyindir Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming susulan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menggunakan pantun ketika mengemukakan soalan kepada menteri di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata pihaknya masih menantikan tindakan Kor Ming susulan kenyataan yang dibuat sebelum ini.

“Buah salak di dalam kantung, kulitnya keras isinya kelat. Surat letak jawatan masih tergantung, kami menunggu dengan soalan nombor empat,” katanya memetik Utusan pada Isnin.

Sebelum ini, Kor Ming yang juga Timbalan Pengerusi DAP dilaporkan berkata beliau bersedia meletakkan jawatan sekiranya Barisan Nasional (BN) mencatatkan kemenangan besar dalam PRN Johor serta sekiranya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibebaskan, susulan perkembangan politik selepas pilihan raya negeri berkenaan.

Isu itu turut menjadi bahan kempen apabila beberapa pemimpin BN menggesa Kor Ming menunaikan kenyataan tersebut selepas gabungan berkenaan mencatatkan keputusan memberangsangkan dalam PRN Johor.

Bagaimanapun, Kor Ming kemudian menjelaskan bahawa kenyataannya sebelum ini bukan merujuk kepada kemenangan BN dalam PRN Johor, sebaliknya berkaitan keadaan sekiranya Najib dibebaskan daripada hukuman penjara.

Awang Solahuddin berkata, isu berkenaan wajar diberi perhatian kerana melibatkan soal pendirian dan tanggungjawab seorang pemimpin selepas membuat kenyataan terbuka.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat