KUALA LUMPUR, – Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Negeri Johor semalam merupakan pentas kesilapan yang dibuat oleh pemimpin, tokoh serta Menteri dalam Pakatan Harapan (PH) yang secara jelas melakukan perbuatan membunuh karakter ke atas pemimpin atau bekas pemimpin Barsian Nasional (BN).
Exco Pemuda UMNO Malaysia Shah Zanuriman Nuar Paras Khan berkata hasilnya ialah PRN Johor merangka kemenangan besar BN yang boleh digambarkan umpama ‘tsunami’ bangsa Johor kali ini.
Kenyataan para pemimpin PH yang mengkritik karakter Menteri Besar Johor, Datun Onn Hafiz Ghazi dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jelas dihukum oleh pengundi.
Selain itu, kebangkitan semula parti komponen dalam BN seperti MIC dan MCA perlu diberikan perhatian kerana ia menunjukkan parti-parti itu sudah kembali menerima sokongan pengundi, katanya.
“Yang paling penting, kebangkitan semula MIC dan MCA sebagai rakan gabungan dalam parti Barisan Nasional, memberikan isyarat jelas bahawa kedudukan Pakatan Harapan khususnya DAP dan PKR perlu dikaji.
“Jika perlu ada perubahan mungkin perlu dilakukan sebelum PRN Negeri Sembilan pula bulan depan,” katanya yang kepada Suara TV hari ini.
Semalam, BN menang 48 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Negeri Johor membolehkan BN membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga.
Datuk Onn Hafiz sudah pun selesai mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Johor hari ini di Istana Bukit Serene, Johor Bahru di hadapan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim.
Sebanyak 68.73 peratus pengundi keluar mengundi pada hari mengundi semalam.
BN turut berjaya merampas 8 kerusi milik penyandang dari parti lain iaitu 5 kerusi PH iaitu Johor Jaya, Perling, Bukit Batu, Jementah dan Tangkak dan 3 kerusi dari Perikatan Nasional (PN) iaitu Bukit Kepong, Endau dan Maharani.



