Wawasan tidak bertanding PRN Johor

KUALA LUMPUR – Parti Wawasan Negara (Wawasan) mengambil keputusan untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Ketua Penerangan Wawasan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, keputusan untuk tidak turut serta dalam PRN Johor dibuat degan penuh teliti dan tanggungjawab.

“Mengenai PRN Johor, setelah meneliti keseluruhan keadaan dengan teliti dan penuh tanggungjawab, Wawasan mengambil keputusan tidak bertanding dalam pilihan raya negeri ini.

“Kami melihat kepada gambaran yang lebih besar demi kepentingan Perikatan Nasional (PN) dan persediaan menyeluruh menghadapi PRU-16.

“Misi kami kekal jelas iaitu menjadi wadah penyatuan rakyat dan jambatan kerjasama antara parti-parti yang berkongsi aspirasi Konsensus Nasional Baharu, iaitu kestabilan politik, perpaduan nasional, dan masa depan negara yang lebih cerah,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Dalam pada itu kata Wan Ahmad Fayhsal, Wawasan dengan penuh syukur memaklumkan bahawa mesyuarat khas perwakilan Parti Cinta Malaysia (PCM) telah berjaya dilaksanakan pada Sabtu, 20 Jun 2026, secara tertib dan mengikut sepenuhnya lunas perundangan yang berkuat kuasa.

“Mesyuarat sebulat suara bersetuju menamakan semula parti ini sebagai “Parti Wawasan Negara” satu nama yang mencerminkan semangat baru, visi yang lebih luas, dan komitmen kami kepada perpaduan rakyat Malaysia.

“Kami merakamkan penghargaan ikhlas kepada Majlis Tertinggi Perikatan Nasional atas kepercayaan menerima Wawasan Negara sebagai ahli keluarga PN.

“Berhubung persoalan teknikal yang dibangkitkan sesetengah pihak mengenai kedudukan parti, kami ingin menegaskan bahawa Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 memperuntukkan dengan jelas bahawa keputusan dalaman sesebuah pertubuhan berdaftar termasuk pelantikan pemegang jawatan dan keputusan perlembagaan adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan di mahkamah.

“Peranan ROS pula adalah mengemaskini daftar pertubuhan, bukan mempertikai atau membatalkan keputusan yang dibuat secara sah mengikut perlembagaan parti.

“Kami tidak berhasrat melayan polemik yang sengaja dicipta untuk mengalihkan perhatian daripada perjuangan sebenar membela rakyat. Yang lebih penting ialah bagaimana kita bersama membina Malaysia yang lebih baik,” ujarnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat