Penyertaan Pejuang dalam PN permulaan selamatkan negara daripada kegagalan kepimpinan yang meresahkan rakyat – Mukhriz

KUALA LUMPUR – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menyambut baik keputusan Perikatan Nasional (PN) menerima Pejuang sebagai salah sebuah parti komponen dalam gabungan tersebut.

Presiden Pejuang Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, penyertaan ini bukan sekadar sebuah parti menyertai ke dalam sebuah gabungan politik. Sebaliknya, ia adalah permulaan kepada penyatuan kekuatan yang lebih besar demi menyelamatkan negara daripada perpecahan, ketidakstabilan dan kegagalan kepimpinan yang semakin meresahkan rakyat.

“Pejuang percaya bahawa dalam keadaan negara yang berhadapan dengan pelbagai cabaran ekonomi, sosial, keselamatan dan politik, keutamaan mesti diberikan kepada usaha memperkukuhkan penyatuan ummah serta membina kekuatan politik yang mampu menawarkan kepimpinan yang lebih berwibawa dan diyakini rakyat.

“Penyertaan ini juga selaras dengan pendirian Pejuang bahawa kepentingan agama, bangsa dan negara hendaklah sentiasa mengatasi kepentingan parti dan individu. Perbezaan pandangan tidak seharusnya menjadi penghalang kepada pembentukan sebuah saf perjuangan yang lebih besar demi masa depan negara.

“Pejuang akan terus berpegang teguh kepada prinsip integriti, keadilan, tadbir urus yang baik serta komitmen untuk memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

“Semoga langkah ini menjadi titik permulaan kepada usaha yang lebih besar dalam menyatukan kekuatan umat dan membina Malaysia yang lebih stabil, selamat dan makmur,” ujar Mukhriz optimis.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat