Washington Gempar: Insiden Tembakan Berlaku Berhampiran White House

WASHINGTON – Suasana di sekitar White House bertukar cemas apabila satu insiden tembakan dilaporkan berlaku berhampiran kompleks rasmi Presiden Amerika Syarikat itu awal pagi tadi.

Menurut laporan media antarabangsa, seorang lelaki bersenjata dipercayai melepaskan tembakan berhampiran pos kawalan keselamatan sebelum anggota Secret Service bertindak membalas tembakan.

Suspek dilaporkan cedera parah dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Pihak Secret Service memaklumkan tiada anggota keselamatan mereka mengalami kecederaan dalam kejadian tersebut, namun seorang orang awam dipercayai turut terkena tembakan. Keadaan mangsa bagaimanapun masih belum didedahkan.

Insiden dilaporkan berlaku berhampiran Pennsylvania Avenue, tidak jauh dari kawasan utama White House, menyebabkan pasukan keselamatan segera mengetatkan kawalan dan menutup beberapa laluan di sekitar lokasi.

Media tempatan melaporkan beberapa das tembakan kedengaran sebelum kawasan itu diletakkan dalam keadaan kawalan ketat sementara siasatan dijalankan.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dilaporkan berada di White House ketika kejadian berlaku, namun tidak berada dalam sebarang bahaya.

Setakat ini, motif suspek masih dalam siasatan pihak berkuasa Amerika Syarikat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat