Suspek Tembakan White House Maut, Trump Ucap Terima Kasih Kepada Secret Service

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memuji tindakan pantas dan profesional anggota keselamatan selepas seorang lelaki bersenjata maut dalam insiden tembakan berhampiran White House.

Menerusi hantaran di platform media sosial miliknya, Trump mengucapkan terima kasih kepada United States Secret Service serta pihak penguat kuasa kerana berjaya mengawal situasi dengan segera.

Menurut beliau, suspek dipercayai mempunyai “sejarah ganas” selain kemungkinan mempunyai obsesi terhadap White House yang disifatkannya sebagai “struktur paling dihargai negara”.

“Penyerang maut selepas berbalas tembakan dengan ejen Secret Service berhampiran pintu pagar White House,” katanya.

Trump turut mengaitkan kejadian itu dengan insiden tembakan ketika Majlis Makan Malam Persatuan Wartawan White House bulan lalu, sambil menegaskan keperluan meningkatkan tahap keselamatan presiden pada masa depan.

Beliau berkata keselamatan negara menuntut supaya Washington memiliki ruang perlindungan presiden paling selamat pernah dibina.

Insiden tembakan itu berlaku berhampiran pusat pemeriksaan keselamatan White House sebelum suspek ditembak mati oleh anggota Secret Service. Seorang orang awam turut dilaporkan cedera dalam kejadian tersebut.

Pihak Federal Bureau of Investigation kini menjalankan siasatan lanjut berhubung motif serangan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat