“Adakah PAS Tiada Pemimpin Lain?” Lim Guan Eng Bidas Pelantikan Samsuri

CYBERJAYA – Ahli politik veteran Lim Guan Eng mempersoalkan pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang kini memegang dua tanggungjawab utama iaitu sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia dan Menteri Besar Terengganu.

Dalam satu kenyataan di media sosial, beliau pada masa sama mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) atas pelantikan tersebut, namun menimbulkan persoalan mengenai keupayaan seseorang pemimpin memikul dua jawatan berat secara serentak.

Menurut beliau, kedua-dua jawatan tersebut memerlukan komitmen dan tumpuan sepenuh masa, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai keberkesanan pelaksanaannya jika dipikul secara serentak.

“Salam tahniah kepada Pengerusi PN Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar atas lantikan sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia. Akan tetapi soalan timbul adakah PAS tidak ada pemimpin berwibawa sehingga melantik Dr Ahmad memikul dua tanggungjawab dengan memakai “dua topi” sebagai Ketua Pembangkang Parlimen dan Menteri Besar Terengganu?”

Beliau turut mempersoalkan keupayaan Ahmad Samsuri untuk memberi tumpuan penuh terhadap tugas di Parlimen sekiranya perlu berulang-alik antara Kuala Lumpur dan Terengganu.

Lim Guan Eng turut merujuk kepada rekod kehadiran Parlimen Ahli Parlimen Kemaman itu yang didakwa hanya mencatatkan 158 hari daripada 248 hari persidangan, bersamaan 63.7 peratus kehadiran, berdasarkan sebuah portal dalam talian.

Portal berkenaan turut dilaporkan menyifatkan prestasi kehadiran tersebut sebagai “needs improvement(perlu ditambah baik)”.

Beliau seterusnya mempersoalkan bagaimana tanggungjawab sebagai Ketua Pembangkang dapat dilaksanakan secara efektif sekiranya kehadiran Parlimen tidak penuh, selain turut membangkitkan soal kemampuan menjalankan tugas sebagai Menteri Besar pada masa sama.

“Adalah tidak realistik dan kurang pratikal untuk Dr Ahmad memakai kedu-dua topi ini dan menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Akhirnya yang rugi ialah rakyat Terengganu dan pengundi yang menyokong PN di peringkat Parlimen kerana tidak dapat menfaat perhatian dan tumpuan sepenuhnya,” katanya.

Dalam kenyataan sama, beliau turut menyatakan pandangan bahawa situasi tersebut menggambarkan kekurangan pemimpin berwibawa dalam PAS untuk mengisi jawatan berkenaan secara berasingan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat