WHO Isytihar Wabak Ebola di Congo dan Uganda Sebagai Kecemasan Kesihatan Antarabangsa

CYBERJAYA — Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak Ebola yang sedang menular di Republik Demokratik Congo (DRC) dan Uganda sebagai “kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan peringkat antarabangsa” (PHEIC).

Memetik laporan Reuters, wabak tersebut berpunca daripada virus Ebola jenis Bundibugyo, yang dilaporkan tidak mempunyai vaksin atau rawatan khusus yang diluluskan setakat ini, tidak seperti beberapa strain Ebola lain yang sudah mempunyai rawatan tertentu.

WHO memaklumkan sehingga Sabtu, sekurang-kurangnya 80 kematian disyaki, lapan kes disahkan makmal dan 246 kes disyaki telah dilaporkan di wilayah Ituri, Congo, melibatkan beberapa zon kesihatan termasuk Bunia, Rwampara dan Mongbwalu.

Agensi itu turut memberi amaran bahawa jumlah sebenar kes mungkin lebih tinggi berikutan kadar jangkitan awal yang tinggi serta peningkatan kes disyaki yang sedang dipantau.

Dalam perkembangan berkaitan, kes turut dikesan di Uganda termasuk di Kampala, melibatkan individu yang mempunyai sejarah perjalanan dari Congo. Kes turut dilaporkan di Kinshasa, ibu negara Congo.

Menurut Reuters lagi, WHO menyifatkan situasi ini sebagai “luar biasa” kerana ketiadaan vaksin atau rawatan khusus bagi virus Bundibugyo, sekali gus meningkatkan risiko penularan rentas sempadan.

Bagaimanapun, WHO menasihatkan negara-negara supaya tidak menutup sempadan secara panik, sebaliknya memperkukuh saringan kesihatan, pengesanan kontak dan kawalan perjalanan bagi mengelakkan penularan lebih meluas.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat