Rempit di terminal baharu lapangan terbang Kelantan perbuatan sedih, memalukan – Loke gesa JPJ sita motosikal

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan Anthony Loke menganggap tindakan ‘mat rempit’ yang menjadikan balai perlepasan di terminal baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa sebagai litar lumba sebagai suatu perkara yang memalukan.

Tegas beliau, kelakuan golongan mat rempit ini di depan balai pelepasan terminal baru tersebut bukan sahaja membahayakan nyawa orang ramai yang menggunakan Lapangan Terbang tersebut malah boleh dikatakan sebagai tindakan sabotaj terhadap keselamatan dan ekonomi negeri.

“Berita ini bukan sahaja menyedihkan tetapi sangat memalukan!

“Kerajaan Persekutuan membelanjakan hampir RM450 juta untuk menaik taraf Lapangan Terbang Kota Bharu untuk memastikan konektiviti udara yang lebih baik untuk negeri Kelantan dan menjadi pemangkin kepada pembangunan sosio ekonomi rakyat Kelantan serta menarik lebih ramai pelancong ke negeri tersebut.

“Saya telah mengarahkan Pengarah Penguatkuasa JPJ untuk menjalankan operasi penguatkuasaan secara besar-besaran di kawasan tersebut.

“Sesiapa yang berani merempit di depan airport akan disita terus motosikal mereka.

“Saya juga telah meminta pihak pengurusan MAHB untuk memperketatkan laluan masuk dan keluar ke bangunan terminal untuk membendung gejala ini,” tegas Loke.

Sebelum ini, media di Kelantan melaporkan, balai perlepasan di terminal baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa yang kurang sebulan beroperasi secara penuh dijadikan litar lumba oleh ‘mat rempit’.

Aktiviti terbabit dikatakan berlaku sejak Ramadan lalu sehingga berlarutan pada Jumaat malam apabila ia mulai tular di media sosial selepas dirakam oleh pengguna lapangan terbang berkenaan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat