Parti Hamzah boleh sertai PN, namun kerusi Bersatu kekal milik parti

KUALA LUMPUR,— Parti baharu yang dikaitkan dengan Hamzah Zainudin berpotensi menyertai Perikatan Nasional (PN), namun semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi Parti Pribumi Bersatu Malaysia pada pilihan raya lalu mesti kekal diperuntukkan kepada parti itu.

Menurut sumber dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kepimpinan parti tidak berhasrat untuk bertelagah dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sekiranya parti itu teruja hendak membawa masuk kumpulan Hamzah ke dalam gabungan PN.

“Sikap kita jelas, tidak mahu isu ini menjadi pertikaian terbuka dengan PAS. Jika PAS sangat teruja dan tiada bantahan parti lain, Bersatu tidak bercadang menghalang,” kata sumber itu kepada SuaraTV.

Kenyataan itu hadir susulan keterujaan Datuk Seri Shahidan Kassim yang secara terbuka menyatakan parti baharu Hamzah wajar menyertai PN bagi memperkukuh blok pembangkang.

Shahidan yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata langkah tersebut merupakan pilihan terbaik untuk memastikan pengaruh politik Hamzah terus kekal relevan dalam landskap semasa.

Menurut beliau, kumpulan Hamzah masih mempunyai ruang untuk bertanding di kerusi lain yang belum diperuntukkan, atau PAS mengorbankan sebahagian kerusinya untuk kumpulan Hamzah.

“Pilihan yang ada ialah kumpulan Hamzah bertanding di kerusi lain, atau PAS memberikan sebahagian kerusi mereka untuk ditandingi kumpulan tersebut,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat