‘Setakat itu saja lembaga disiplin mampu bagi’ – reaksi Mas Ermieyati digantung 2 penggal

KUALA LUMPUR – Ketua Srikandi Bersatu Datuk Mas Ermieyati Samsudin menerima nasib sama dengan Presiden Bersatu Datuk Seri Ronald Kiandee apabila digantung keahlian parti selama dua penggal kerana melanggar perlembagaan dan kod tatakelakuan.

Ahli Parlimen Masjid Tanah itu berkongsi notis penggantungan berkenaan menerusi satu hantaran di laman Instagramnya pada Selasa.

Menurut notis penggantungan yang dikongsikan Mas Ermieyati, beliau dikenakan tindakan kerana melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan dan Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli

“Akhirnya saya digantung. Setakat itu sahaja lembaga disiplin mampu bagi.

“Bagi saya, syukur Alhamdulillah. #Reset all the way,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat