Wang jumlah besar kerap masuk akaun Bersatu, bank lapor BNM transaksi mencurigakan

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi pada Selasa diberitahu akaun Bersatu yang menerima RM19.3 juta melalui 28 transaksi cek enam tahun lalu, menimbulkan petanda amaran mencurigakan dan dilaporkan kepada Bank Negara Malaysia (BNM).

Perkara itu dinyatakan Pengurus Kewangan CIMB Bank, Cawangan Menara CIMB KL Sentral, Lee Hui Nee ,

Pada hari kedua perbicaraan kes menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram yang dihadapi bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Saksi pendakwaan kedua itu, berkata beliau memfailkan laporan Suspicious Transaction Report (Laporan Transaksi Mencurigakan (STR) kepada ibu pejabat untuk dilaporkan kepada BNM, berhubung transaksi berkenaan.

Ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Mahadi Abdul Jumaat, pada sesi pemeriksaan utama, Hui Nee bersetuju bahawa dari 2020 hingga 2021, tiada mana-mana penandatangan akaun Bersatu memaklumkan kepada pihak bank untuk menghentikan mana-mana kemasukan wang, lapor BH.

Disoal lanjut, bagaimana petanda amaran yang mencurigakan (red flag) boleh berlaku dalam sesuatu akaun bank, saksi itu menjawab, “akaun yang ada transaksi jumlah yang sangat tinggi (high volume) dan tidak konsisten dengan profil akaun.

Beliau berkata, sistem akan red flag akaun itu berkenaan, di mana cawangan bank akan membuat semakan serta memfailkan laporan STR.

Ditanya mengapa beliau merasakan akaun terbabit tidak konsisten, saksi itu menjawab, ia kerana berlaku kekerapan kemasukan wang dengan jumlah yang sangat tinggi.

Terdahulu, ketika membacakan pernyataan saksi, Hui Nee berkata, selain Muhyiddin, pemohon bagi pembukaan akaun terbabit adalah Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Mukhriz, Kamarulzaman Habibur Rahman dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Katanya, pada 1 Disember 2020, pemegang akaun bertukar nama kepada Muhyiddin, Datuk Seri Ahmad FaizalAzumu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan DatukMohamed Salleh Bajuri.

Saksi itu berkata, wang berkenaan dimasukkan ke akaun bank semasa parti yang dikategorikan sebagai ‘pelabur’ dan jenis perniagaan sebagai parti politik di antara 24 Ogos 2021 hingga 11 Novmber 2022.

Katanya, daripada keseluruhan jumlah berkenaan, RM4 juta dimasukkan oleh seorang individu iaitu Azman Yusoff dalam empat transaksi dan RM1juta oleh syarikat Mamfour, membabitkan satu transaksi.

Ketika menjawab soalan tambahan dikemukakan DPP Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, pula Hui Nee berkata, STR akan dikeluarkan setiap kali pihak bank mengesan red flag pada akaun berkenaan.

“Oleh itu, kewajipan bank adalah untuk menyerahkan laporan kepada BNM,”

Disoal sama ada bank mempunyai kuasa untuk menghalang wang dari luar dimasukkan ke dalam akaun Bersatu, saksi itu menjawab, “tidak boleh.”

Wan Shaharuddin: Boleh ingat berapa jumlah wang dimasukkan ke akaun CIMB (Bersatu)?

Hui Nee: Ada berpuluh-puluh juta.

Wan Shaharuddin: Selepas 1 Disember 2020 atau sebelum?

Hui Nee: Selepas.

Wan Shaharuddin: Apa yang dilakukan oleh BNM selepas STR diserahkan?

Hui Nee: Tugas kami hanya untuk menyerahkan STR sahaja. Kami tidak tahu apa yang berlaku selepas itu.

Sementara itu, ketika disoal balas peguam Datuk Amer Hamzah Arshad, saksi bersetuju dengan cadangan peguam bahawa tiada sebarang laporan STR dikemukakan di mahkamah.

Hui Nee turut bersetuju beliau tidak mengetahui apa sahaja yang berlaku antara bank itu dan BNM serta tidak boleh merumuskan transaksi itu adalah tidak sah kerana tidak pernah ditunjukkan dengan laporan oleh BNM.

Amer Hamzah: Saya cadangkan, jika STR dikemukakan, ia tidak bermakna berlaku kesalahan mengikut undang-undang?

Hui Nee: Keputusan muktamad terletak pada BNM.

Amer Hamzah: Hanya BNM yang boleh menentukan sama ada terdapat sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang?

Hui Nee: Ya setuju.

Amer Hamzah: Jadi, kita tidak sepatutnya membuat kesimpulan bahawa transaksi itu menyalahi undang-undang, setuju?

Hui Nee: Setuju.

Muhyiddin, 79, yang ketika kejadian adalah Perdana Menteri dan Presiden Bersatu berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM225.3 juta berkaitan Projek Jana Wibawa daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff bagi parti Bersatu.

Ahli Parlimen Pagoh itu turut berdepan tiga pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM200 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke akaun Ambank dan CIMB Bank milik Bersatu di cawangan bank berkenaan di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur antara Februari 2021 dan Julai 2022.

Perbicaraan di hadapan Hakim Noor Ruwena Md Nurdin bersambung esok.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat