KUALA LUMPUR,– Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan satu hari cuti tambahan kepada semua sekolah di seluruh negara pada 18 Mac 2026 (Rabu) sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Menurut kenyataan KPM, pemberian cuti tambahan itu bertujuan memberi ruang kepada warga guru, murid serta ibu bapa membuat persiapan yang sewajarnya bagi menyambut perayaan tersebut.
Kementerian memaklumkan bahawa berdasarkan Kalendar Akademik Sesi 2026, sekolah dalam *Kumpulan A* telah diperuntukkan satu hari cuti tambahan pada *19 Mac 2026 (Khamis)*.
Sementara itu, sekolah dalam *Kumpulan B* pula diperuntukkan *dua hari cuti tambahan, iaitu pada **19 dan 20 Mac 2026 (Khamis dan Jumaat)*.
Menurut KPM, tambahan cuti tersebut diharapkan dapat memberi ruang yang mencukupi kepada warga pendidikan untuk membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam suasana lebih teratur.
“Langkah ini juga selaras dengan hasrat KPM untuk sentiasa memberi keutamaan kepada aspek kesejahteraan warga pendidikan,” menurut kenyataan itu.
Pengumuman tersebut bermakna sekolah di seluruh negara akan menikmati tempoh cuti yang lebih panjang menjelang sambutan Aidilfitri tahun ini bagi memudahkan urusan perjalanan pulang ke kampung serta persiapan perayaan.



