Dr Maza tegur umat Islam jangan naif sokong serangan ke atas Iran, apakah Trump dan Nentanyahu ahli sunnah?

KUALA LUMPUR, – Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin menegur segelintir umat Islam yang menurutnya terlalu mudah menyokong tindakan Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran hanya kerana perbezaan mazhab antara Sunni dan Syiah.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di media sosial, beliau mempersoalkan sikap pihak tertentu yang dilihat berpihak kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dengan alasan Iran merupakan negara berfahaman Syiah.

Menurut beliau, persoalan utama yang perlu difikirkan ialah sama ada tindakan Amerika Syarikat dan Israel menyerang Iran benar-benar berpunca daripada isu mazhab atau kerana Iran dilihat sebagai sebuah negara Islam.

“Ada orang kononnya Sunni semacam berpihak kepada Trump dan Netanyahu atas alasan Iran itu Syiah. Apakah Trump dan Netanyahu itu pemimpin Ahlusunnah wal Jamaah mereka?” katanya.

Dr Maza turut mempersoalkan sama ada kemenangan pihak yang menurutnya menceroboh sesebuah negara boleh dianggap sebagai sesuatu yang baik untuk umat Islam.

Beliau menegaskan bahawa walaupun seseorang tidak bersetuju dengan fahaman Syiah di Iran, tindakan pencerobohan, pengkhianatan dan pelanggaran kedaulatan sesebuah negara tidak boleh dianggap wajar.

Dalam masa sama, beliau mengingatkan bahawa sejarah Islam menunjukkan umat Islam pernah menyambut kemenangan Empayar Rom ke atas Parsi kerana Rom yang beragama Kristian dianggap lebih hampir kepada umat Islam berbanding Parsi yang berfahaman Majusi.

Bagaimanapun beliau menegaskan bahawa situasi tersebut tidak bermakna umat Islam perlu menyokong mana-mana pihak yang melakukan pencerobohan atau kezaliman terhadap negara lain.

Kenyataan Dr Maza itu muncul di tengah perdebatan dalam kalangan umat Islam mengenai konflik geopolitik di Timur Tengah serta kedudukan Iran dalam dunia Islam.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat