Rumah Bangsa terpalit DAP, saya tidak akan kembali ke UMNO – Isham Jalil

KUALA LUMPUR,  – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil menegaskan beliau tidak akan kembali menyertai UMNO selagi parti itu terus bekerjasama dengan DAP dalam kerajaan.

Menurutnya, pelawaan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi supaya bekas ahli kembali ke dalam parti melalui konsep “Rumah Bangsa” tidak akan berjaya menarik sokongan parti-parti Melayu lain selagi UMNO kekal berada dalam kerangka kerajaan Madani bersama DAP.

“Rumah Bangsa UMNO itu masih dalam kerangka kerajaan Madani kerana UMNO masih lagi bekerjasama dengan DAP. Saya tidak rasa parti-parti Melayu akan ikut ajakan mereka untuk masuk Rumah Bangsa selagi mereka menyokong DAP dalam kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan wartawan mengenai pelawaan Zahid yang membuka pintu kepada bekas ahli UMNO yang pernah dipecat atau digantung untuk kembali menyertai parti tersebut.

Menurut Isham, usaha tersebut juga tidak masuk akal kerana parti-parti Melayu tidak mungkin menyertai gerakan penyatuan yang akhirnya menyokong kuasa politik DAP.

Dalam masa sama, beliau turut mendakwa UMNO dan DAP bakal berdepan kekalahan besar dalam pilihan raya akan datang kerana menurutnya rakyat sukar mempercayai perubahan haluan parti secara tiba-tiba menjelang pilihan raya.

Isham juga menyarankan agar Zahid terlebih dahulu merendahkan diri dan memohon maaf kepada pemimpin yang pernah dipecat atau digantung daripada UMNO sekiranya benar-benar ikhlas mahu mereka kembali menyertai parti itu.

Menurutnya, langkah tersebut perlu kerana pemimpin yang dipecat dan digantung sebelum ini termasuk tokoh seperti Hishammuddin Hussein, Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan pernah disingkirkan oleh kepimpinan parti.

“Saya sarankan beliau pergi berjumpa mereka yang dipecat dan digantung itu dan meminta maaf kepada mereka sebelum menjemput mereka kembali menyertai UMNO jika mereka mahu,” katanya.

Bagaimanapun Isham menegaskan bahawa beliau secara peribadi tidak perlu dipelawa untuk kembali kerana pendiriannya sudah jelas.

“Selagi UMNO bekerjasama dengan DAP, saya tidak akan masuk UMNO. Jawapan saya tetap sama,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat