168 Park Mall Selayang semarakkan Ramadan dengan kempen ‘Lebaran Klasika Raya’ dan inisiatif kebajikan

Kuala Lumpur, 6 Mac 2026 Pusat beli-belah 168 Park Mall menyemarakkan lagi sambutan Ramadan dan Aidilfitri tahun ini dengan penganjuran kempen bertemakan “Lebaran Klasika Raya”, yang menampilkan sentuhan nostalgia Raya klasik selain menggalakkan semangat berkongsi dalam kalangan masyarakat.

Kempen yang berlangsung dari 6 hingga 30 Mac 2026 itu menghidupkan suasana Aidilfitri tradisional menerusi dekorasi berinspirasikan elemen klasik yang sering dikaitkan dengan sambutan Raya suatu ketika dahulu. Pengunjung yang hadir bukan sahaja dapat menikmati suasana perayaan yang penuh nostalgia, malah berpeluang merakam kenangan bersama keluarga dan rakan-rakan di sekitar hiasan bertemakan Raya lama yang disediakan di dalam pusat beli-belah tersebut.

Selain menawarkan suasana perayaan yang unik, 168 Park Mall turut menyediakan pelbagai ganjaran menarik menerusi program “Raya Rewards”, yang memberi penghargaan kepada pengunjung yang berbelanja sepanjang tempoh kempen berlangsung.

Melalui program tersebut, pengunjung yang membuat pembelian minimum RM168 layak menebus satu kotak sampul raya eksklusif yang direka khas sempena kempen “Lebaran Klasika Raya”. Bagi mereka yang berbelanja sekurang-kurangnya RM286, pengunjung berpeluang membawa pulang beg rotan tradisional bersama sampul raya, yang menampilkan elemen klasik yang sering dilihat dalam budaya dan gaya hidup masyarakat dahulu.

Sementara itu, pengunjung yang berbelanja minimum RM368 pula boleh menebus set teko elegan bersama sampul raya, yang diinspirasikan daripada gaya peralatan hidangan klasik yang sinonim dengan suasana kunjung-mengunjung ketika Aidilfitri. Kesemua ganjaran ini direka bagi mengekalkan identiti tradisional yang selari dengan tema kempen “Lebaran Klasika Raya”.

Dalam masa yang sama, kempen ini turut memberi penekanan kepada aspek kebajikan melalui inisiatif “Kongsi Rezeki Bersama 168 Park Mall”, yang berlangsung dari 1 hingga 31 Mac 2026.

Melalui program tersebut, pengunjung digalakkan untuk menyumbang barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, tepung serta makanan dalam tin yang boleh dibeli di pasar raya Village Grocer yang terletak di dalam pusat beli-belah itu. Barangan yang dibeli boleh diserahkan di kaunter informasi di Aras LG, yang berfungsi sebagai pusat pengumpulan sumbangan sepanjang tempoh kempen berlangsung.

Sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang menyumbang, setiap penyumbang akan menerima sampul raya percuma daripada pihak 168 Park Mall.

Semua sumbangan yang dikumpulkan melalui kempen ini akan diagihkan kepada golongan yang memerlukan, termasuk pesakit di bawah Yayasan Amal Maaedicare serta beberapa keluarga terpilih di sekitar Lembah Klang. Inisiatif ini dijalankan dengan kerjasama Maaedicare bagi memastikan bantuan yang disalurkan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Majlis pelancaran kempen tersebut turut diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk persembahan kebudayaan yang menampilkan elemen tradisional yang sinonim dengan sambutan Aidilfitri.

Selepas pelancaran, para tetamu diraikan dalam majlis berbuka puasa di Bowlcrafted, yang menampilkan sesi ‘Live Plating’ oleh Chef Riz. Cef tersohor itu menunjukkan kemahiran menyediakan hidangan di dapur terbuka sebagai santapan visual sebelum waktu berbuka, sekali gus menggabungkan intipati Raya dengan pengalaman makan moden.

Dengan gabungan dekorasi nostalgia, ganjaran membeli-belah serta program kebajikan, kempen Ramadan di 168 Park Mall tahun ini diharap dapat menyemarakkan lagi kemeriahan sambutan Aidilfitri sambil memupuk semangat berkongsi dalam kalangan masyarakat.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, orang ramai boleh melayari laman web rasmi 168 Park Mall atau mengikuti perkembangan terkini melalui platform media sosial pusat beli-belah tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat