KDN lulus 1,050 perakuan pruf akhir mushaf, perkukuh pemeliharaan kesucian teks Al-Quran – Saifuddin

PADANG SERAI — Kementerian Dalam Negeri (KDN) meluluskan sebanyak 1,050 perakuan pruf akhirmelibatkan mushaf bercetak, bahan digital dan audio sepanjang tahun ini bagi memastikan hanya teks al-Quran yang sah dan diperakui berada dalam pasaran negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, langkah itu penting bagi memastikan kesucian serta ketulenan teks al-Quran sentiasa terpelihara melalui proses semakan dan pengesahan yang ketat sebelum ia diedarkan kepada masyarakat.

“Kelulusan pruf akhir ini merupakan langkah penting bagi memastikan hanya mushaf dan bahan al-Quran yang sah serta menepati piawaian yang ditetapkan berada dalam pasaran negara.

“Ia juga mencerminkan komitmen berterusan KDN dalam memelihara kesucian dan ketulenan teks al-Quran,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Program Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Kedah 2026 yang dianjurkan oleh Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PK), Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.

Menurut beliau, sepanjang tahun 2025, tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Pencetakan Teks Al-Qur’an 1986 (APTQ 1986) merekodkan nilai sebanyak RM1,983,151, melibatkan pemeriksaan 12,048 premis, sitaan 56,946 unit teks dan bahan al-Quran, serta pembukaan 302 kertas siasatan.

“Pencapaian ini adalah hasil pelaksanaan fungsi teras Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN yang bertanggungjawab memastikan kesucian, kesahihan dan ketulenan teks al-Quran sentiasa terpelihara melalui kawal selia terhadap penerbitan, pencetakan, pengimportan, penjualan dan pengedaran mushaf serta bahan al-Quran,” katanya.

Tambah beliau, usaha pengawalseliaan tersebut turut diperkukuh melalui pelaksanaan pelekat hologram keselamatanyang diwajibkan sejak tahun 2010 bagi memastikan setiap mushaf yang diedarkan di pasaran telah melalui proses pengesahan yang sah.

“Pelekat hologram ini membantu orang ramai mengenal pasti mushaf yang telah diperakui KDN sekali gus mengelakkan penyebaran teks al-Quran yang tidak disahkan,” jelasnya.

Dalam pada itu, melalui Ops Mulia, nilai penguatkuasaan yang direkodkan pada tahun 2025 adalah sebanyak RM957,762.10.

“Bagi tempoh 26 Januari hingga 8 Februari 2026 pula, sebanyak 1,758 premis telah diperiksa dengan nilai penguatkuasaan RM378,171.92, melibatkan sitaan 6,620 unit teks dan bahan al-Quran serta pembukaan 44 kertas siasatan,” katanya.

KDN turut memberi perhatian kepada aspek pemuliaan mushaf al-Quran yang rosak. Pada 15 Februari 2026, hampir 3.5 tan teks dan bahan al-Quran yang rosak akibat banjir di Perlis telah dimuliakan mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat