Hanya bunga api jenis ‘Pop-Pop’ dan ‘Happy Boom’ dibenarkan, mercun lain perlu permit – Ketua Polis Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR,– Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Fadil bin Hj Marsus mengingatkan orang ramai bahawa hanya bunga api tertentu seperti “Pop-Pop” dan “Happy Boom” dibenarkan sempena sambutan Tahun Baharu Cina, manakala mercun dan bunga api lain memerlukan permit khas daripada polis.

Beliau berkata, memiliki, menjual, membeli atau bermain mercun serta bunga api tanpa kebenaran adalah satu kesalahan di bawah undang-undang.

Menurutnya, bunga api jenis “Pop-Pop” dan “Happy Boom” dibenarkan kerana tidak mengandungi bahan letupan berbahaya, namun penjualannya masih memerlukan permit daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berkaitan dan perlu mematuhi spesifikasi yang ditetapkan.

“Memiliki, menjual, membeli dan bermain mercun serta bunga api tanpa kebenaran adalah melakukan kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Selain dua jenis tersebut, antara bunga api lain yang lazimnya dibenarkan tertakluk kepada syarat keselamatan dan permit termasuk sparklers (bunga api tangan), fountain, cake fireworks berskala kecil serta novelty fireworks berisiko rendah, manakala mercun jenis letupan kuat seperti mercun bola, mercun roket dan mercun buatan sendiri adalah dilarang sepenuhnya tanpa permit khas.

Menurut beliau, individu yang didapati memiliki atau menggunakan mercun selain yang dibenarkan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 7 dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207).

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Dalam masa sama, polis turut mengingatkan orang ramai supaya tidak bermain bunga api dan mercun melebihi jam 12 tengah malam kerana ia boleh mengganggu ketenteraman awam.

Tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 13 Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 366) dan Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957 terhadap mana-mana individu yang melanggar peraturan tersebut.

Sehubungan itu, PDRM menasihatkan orang ramai supaya mematuhi undang-undang dan garis panduan yang ditetapkan bagi memastikan sambutan Tahun Baharu Cina berlangsung dengan selamat, terkawal dan harmoni.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat