Jangan sapu bawah karpet – Puad gesa kerajaan jawab isu saham Azam Baki di Parlimen

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Puad Zarkashi menuntut Kerajaaan Madani tampil memberi pencerahan di Dewan Rakyat terkait laporan Bloomberg yang mendedahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki memiliki 17.7 juta saham dalam syarikat perkhidmatan kewangan Velocity Capital Partners Berhad — bersamaan kira-kira pegangan 1.7 peratus.

Hal ini di mana, nilai saham tersebut hampir RM800,000 pada pembukaan dagangan hari ini, jauh melebihi had yang dikenakan kepada penjawat awam yang tidak dibenarkan membeli lebih RM100,000 saham dalam mana-mana satu syarikat.

“Media melaporkan Tan Sri Azam Baki memiliki saham di sebuah syarikat Velocity Capital Bhd yang tersenarai di Bursa Saham. Saham itu dikatakan bernilai RM800,000.

“Apakah benar? Apakah ia memang dibenarkan di bawah peraturan penjawat awam?

Ini bukan kali pertama Azam Baki terlibat dalam kontroversi pemilikan saham. Yang ini kerajaan dan Azam Baki kena jawab segera.

“Jangan tangguh tangguh. Semoga ia dibangkitkan dalam Parlimen. Ia isu kepentingan awam. Jangan sapu bawah karpet,” tegas Puad.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat