Arahan PM roboh rumah ibadat haram sesuatu membimbangkan – Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa mengingatkan, arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya dirobohkan semua “kuil haram” adalah sesuatu yang membimbangkan.

Menurut Annuar, isu sebegini perlu ditangani secara lebih bijaksana, sebarang bentuk kekerasan bukan pilihan terbaik kerana ia perlu dinilai mengikut kes.

“Sewaktu saya bertugas sebagai Menteri Wilayah Persekutuan, saya dimaklumkan tentang masaalah rumah ibadat yang dibina secara tidak sah ini.

“Memahami sensitiviti yg mudah timbul dari isu ini, saya dan Timbalan Menteri ketika itu memilih jalan perundingan dan konsultasi antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihak terbabit. Banyak isu dapat diselesaikan.

“Arahan PM supaya dirobohkan semua “kuil haram” adalah sesuatu yang membimbangkan. Isu sebegini perlu ditangani secara lebih bijaksana.

“Jagalah keharmonian beragama dalam negara kita.

“Rakyat kita, kita jaga,” pesan AJK Pas Pusat itu dalam hantaran di Facebooknya pada Selasa.

Annuar memberitahu lagi, tempat Ibadat adalah tempat awam.

Justeru katanya, sangat penting pembinaannya mematuhi peraturan dan undang undang demi keselamatan dan juga keselarasan pembangunan.

“Masjid, gereja, kuil dan lain lain tempat ibadat wajarlah mendapat kelulusan pihak berkuasa,terutamanya PBT.

“Masaalahnya sekarang, terdapat banyak tempat ibadat yang sudah di bina tanpa kelulusan,malah terdapat rumah ibadat yang dibina atas tapak yang bukan di miliki secara sah, ini menimbulkan banyak masalah,” katanya.

Semalam Perdana Menteri memberi keizinan kepada PBT untuk bertindak ke atas rumah ibadat termasuk kuil yang dibina tanpa mengikut jalur hukum yang sah.

Anwar berkata, kerajaan tidak mengizinkan pembinaan mana-mana rumah ibadat yang tidak mengikut peraturan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat