Menantu Hadi cadang Tuan Ibrahim diangkat Pengerusi PN, PM dari Pas

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man disifatkan sebagai calon paling layak untuk diangkat sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan seterusnya sebagai Perdana Menteri sekiranya Pas menang Pilihan Raya Umum (PRU).

Pendapat itu disuarakan Yang dipertua Pas Kawasan Sungai Buloh Zaharudin Muhammad.

Beliau yang juga menantu kepada Presiden Pas itu mengemukakan beberapa faktor yang melayakkan Tuan Ibrahim menggalas jawatan Pengerusi PN dan sekali gus Perdana Menteri Pas

“Jika diputuskan oleh Majlis Tertinggi PN untuk Bersatu jadi Pengerusi PN dan jadi Perdana Menteri, maka terpulang kepada keputusan mesyuarat siapa yang jadi PM dan Pengerusi PN. Ini berkait hukum isytirak siyasi.

“Tapi jika Pas perlu buat keputusaan, maka antara calon yang paling layak ialah Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man untuk jadi Pengerusi PN seterusnya PM jika Pas menang Malaysia.

“Bersandarkan tiga faktor iaitu dari segi ranking parti, iaitu beliau sebagai Timbalan Presiden; manakala aspek pengalaman, beliau pernah berada di Kabinet Malaysia sebagai Menteri Kementerian Alam Sekitar dan Air.

“Beliau (Tuan Ibrahim) adalah ulama. Walaupun ia datang nombor tiga tetapi syarat ketiga ini paling utama, iaitu mesti ulama atau lebih tepat mesti faqih kerana syarat ini Hukum yang sebut secara ijmak mazhab,” jelas Zaharudin mempertahankan syor beliau.

Mengulas lanjut, Zaharudin turut menyentuh mengenai perdebatan akademik berkaitan keperluan pemimpin negara daripada kalangan ulama.

“Lagi pula dah berbuih mulut bahas benda ni waktu lawan Jebon 1.0 dulu.

“Bila saya baca dua komen yang kata tak perlu ulama dengan alasan-alasannya, segar kembali ingatan waktu Jebon 1.0 dulu sampai tertanya-tanya, adakan wujud Jebon 2.0? soal beliau.

Jebon merujuk kepada satu kumpulan dalam Pas yang disingkirkan dari parti pada 2015.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat