Tiada istilah KSU melawan Menteri KKDW- Fadzmel jawab Puad

KUALA LUMPUR – Apabila sesuatu projek di Sabah dan Sarawak terpaksa dibatalkan atau diteliti semula akibat kekangan peruntukan, ia bukan bermakna Ketua Setiausaha (KSU) sedang melawan Menteri.

Sebaliknya, beliau melaksanakan tanggungjawab pentadbiran berdasarkan kedudukan kewangan dan keputusan pihak berkuasa yang berkaitan.

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Fadzmel Fadzil menjelaskan, isu sebenar yang dibangkitkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ialah pengurangan peruntukan yang menjejaskan pelaksanaan agenda pembangunan desa, khususnya di Sabah dan Sarawak.

“Itulah perkara yang sepatutnya diberikan perhatian.

“Hubungan Menteri KKDW (Zahid) dengan KSU KKDW kekal harmoni dan profesional je.

“Kedua-duanya terus komited memastikan agenda pembangunan desa dan kesejahteraan rakyat dapat dilaksanakan sebaik mungkin, walaupun…,” kata Fadzmel.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Datuk Puad Zarkashi yang mendakwa Zahid bergaduh dengan KSU KKDW.

“Makin teruk pemikiran Puad ni. Tak perlu nak melaga-lagakan lah. Ingatkan lebih berpengalaman dalam selok belok tadbir urus kerajaan tapi level ceplos juga rupanya.

“Faham betul-betul dulu apa yang TPM cakap semalam. Tak adanya nak gaduh-gaduh. Ini bukan level tak dapat apa kita nak, nak merajuk gaduh makan tuan.

“Apa yang dimaksudkan oleh TPM semalam ialah “diarahkan KSU Kementerian Kewangan (KSP) sedangkan peruntukan telah ada”. Atau dalam erti kata lain KSU KKDW diarahkan, bukannya KSU KKDW yang suka-suka mengarahkan pembatalan projek. Dua perkara yang sangat berbeza.

“Untuk makluman, KSU selaku pegawai pengawal bertanggungjawab terhadap pengurusan dan kawalan perbelanjaan kementerian di bawah Seksyen 15A Akta Tatacara Kewangan 1957 (Akta 61), tertakluk kepada Arahan Perbendaharaan serta ketetapan kewangan yang berkuat kuasa.

“Justeru, apabila sesuatu projek di Sabah dan Sarawak terpaksa dibatalkan atau diteliti semula akibat kekangan peruntukan, ia bukan bermakna KSU sedang melawan Menteri. Sebaliknya, beliau melaksanakan tanggungjawab pentadbiran berdasarkan kedudukan kewangan dan keputusan pihak berkuasa yang berkaitan.

“Isu sebenar yang dibangkitkan oleh TPM ialah pengurangan peruntukan yang menjejaskan pelaksanaan agenda pembangunan desa, khususnya di Sabah dan Sarawak. Itulah perkara yang sepatutnya diberikan perhatian,” katanya.

Puad sebelum itu berkata, Zahid mendakwa terdapat projek di Sabah dan Sarawak dibatalkan atas arahan KSU.

“Apakah KSU lebih berkuasa daripada Menteri?

“Pelik juga TPM gaduh dengan KSU sampai buat pendedahan terbuka di Parlimen.

“Seolah-olah ada masalah team work dengan penjawat awam. Sebelum ini ada percanggahan antara Zahid dengan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

“Justeru KSU mesti mendedahkan fakta sebenar. Mesti ada sebab KSU berani lawan menteri. Kita tidak mahu rakyat di Sabah dan Sarawak keliru dan jadi mangsa.

“Kalau TPM dan penjawat awam suka bergaduh macam mana nak jadi PM? soal Puad.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat