47 kes rasuah Zahid boleh diteruskan dan dituduh jika kerajaan, Peguam Negara bertukar – Rafique

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Muhammad Rafique Rashid Ali menyanggah kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar bahawa Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bebas dan tidak boleh didakwa lagi susulan keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) yang memutuskan tiada tindakan lanjut (NFA) kes Yayasan Akalbudi.

Rafique yang juga pengamal undang-undang menegaskan, kes ini masih terbuka.

Ujar beliau, jika kerajaan bertukar boleh tuduh bahkan sekiranya Peguam Negara bertukar ia boleh teruskan dan begitu juga jika Perdana Menteri baru boleh kaji semula oleh Peguam Negara baru.

“Hari ini Tan Sri Peguam Negara kata kes Zahid telah selesai. Itu tidak tepat. Kes ini masih terbuka.

“Kerajaan bertukar boleh tuduh. Peguam Negara bertukar boleh teruskan, Perdana Menteri baru boleh kaji semula oleh Peguam Negara baru.

“Yang tidak boleh tuduh balik atau teruskan semula dari pembelaan adalah sekiranya mahkamah arahkan bebas dan lepas. Ini adalah kerana konsep double jeorpady. Tidak boleh tuduh bagi kes yang telah bebas dan lepas kalau tiada rayuan . Lihat Perkara 7(2) Perlembagaan Persekutuan.

“Peguam Negara juga hari ini bandingkan dengan kes-kes yang lain katanya kalau rayuan berlaku walaupun telah ada sabitan Peguam Negara boleh sahaja buat keputusan reduce(kurangkan) atau turun seksyen ( bawa pertuduhan bagi seksyen yang lebih rendah).

“Apa kaitan dengan kes Zahid? Kes Zahid tergantung. Tak selesai. Bagaimana pula kes rakyat biasa? Akan dapat yang sama?

“Malah kes YB Syed Saddiq. Mengapa masih terus kalau Mahkamah Persekutuan sendiri kata pihak-pihak perlu kaji semula kedudukan.Kerana itu penting untuk rakyat faham dan nilai,” kata Rafique.

Justeru beliau mengingatkan, kes Zahid ini perlu lihat kronologi.

“Mengapa sekarang tiada tindakan lanjut (NFA)? Perlu tahu laba politik pada siapa.

“Perlu kaji siapa nasihatkan pelantikan.

“Ya, keputusan bukan suka-suka. Ingatlah, setiap yang terima amanah akan dipersoal.

“Pada waktu di mana harta, pangkat, gelaran, nama tiada guna,” tegur beliau.

Mengulas kenyataan Peguam Negara bahawa keputusan NFA Zahid itu bukan suka-suka, Rafique berkatam dengan rendah diri saya katakan Peguam Negara khilaf.

“Salah, tidak tepat, tidak betul. Sapu bawah karpet.Alasan.

“Zahid dipertuduh 47 tuduhan. Kes Yayasan Akal Budi. Peguam Negara dan Timbalan Pendakwa Raya percaya ada kes begitu juga kertas siasatan tersedia .SPRM telah siasat. Ada elemen jenayah.
Hakim dengar kes. 99 saksi dipanggil. Hujahan dimasukkan.

“TPR Raja Rozela( sekarang Hakim} bertungkus lumus bentang. Hakim dapati ada prima facie.Kes kuat . Zahid wajib bela diri.

“Prima facie bahasa mudahnya, kalau senyap masuk penjara.Tetapi bagi Zahid lain pula? Dipanggil bela diri. Kronologi kes Zahid bela diri penting.

“Zahid diarah bela diri 47 kes pada 24.01.2022. Zahid selesai bela diri pada 30.08.2022

“PRU ke-15 adalah pada 19.11.2022 Zahid angkat sumpah sebagai TPM1 pada 03.12.2022 dan maknanya Zahid jadi TPM 1 semasa kes belum selesai.

“TPR Raja Rozela pula umum cuti awal 30.08.2023 dan Empat hari lepas itu Zahid diberi DNAA iaitu pada 04.09.2023 malaj yang hadir wakili Peguam Negara waktu itu Dusuki Mokthar.

“Masa itu katanya ada 11 alasan untuk siasat semula kes,” ujarnya.

Maka kata Rafique, 28 bulan selepas itu Peguam Negara umum NFA.

“Tan Sri Dusuki Mokhtar yang kali ini bergelar Peguam Negara di mana kuasa tuduh, dakwa, tarik balik, teruskan. Kuasa Peguam Negara.

“Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan jelas.

“Tetapi semua kuasa ada hadnya. Ia mesti telus dan ikhlas. NFA tiada makna dalam undang-undang selepas kes bermula.

“NFA bagi kertas siasatan. Boleh dituduh lagi lepas ini. NFA , DNAA . Ini semua boleh dituduh semula,” kata Rafique.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat