KUALA LUMPUR – Pemimpin Umno didakwa mempunyai ‘beban’ menjadi punca utama parti Melayu itu sukar untuk membuat sebarang tindakan.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Sanusi Md Nor berkata, apabila seseorang itu ada kesilapan ia akan mengikat.
“Ini beban bila dilantik pemimpin yang ada beban, bila kita ada salah silap dan nak buat suatu tindakan yang berisiko, maka orang akan ungkit, jadi kita terpaksa patah balik.
“Jadi pada masa akan datang jangan lantik pemimpin yang ada beban yang macam itu, nanti orang usik terus habis,” katanya mengulas mengenai keputusan Umno kekal bersama Kerajaan Perpaduan memetik laporan media di Alor Setar pada Rabu.
Umno menerusi Barisan Nasional (BN) akan terus kekal bersama Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal.
Demikian tegas Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung desakan supaya Umno dan Pas menghidupkan semula kerjasama di bawah payung Muafakat Nasional (MN).



