KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker mencadangkan adalah lebih baik Pas berkuasa sekarang apabila mereka masih perlu pragmatik dan mempertimbangkan kemajmukan negara.
Hujah saranan itu Lian Ker itu dikukuhkan dengan mengatakan jika Pas berkuasa nanti parti Islam bakal “membolot” undi kaum majoriti negara seperti DAP membolot 90 peratus undi Cina dan Pas terus terjun pada politik majoriti.
“Persoalan ini hendaklah dibincang melalui kaca mata “science behavioural pattern” dan “ political play“ yakni “social-political behavioural pattern”.
“Bukan perbincangan agama ya! Jangan melenting tak tentu pasal. Point saya point politik .
“Bagi saya, adalah lebih baik Pas berkuasa sekarang apabila mereka masih perlu pragmatik dan mempertimbangkan kemajmukan negara daripada kemudian, apabila mereka sudah “membolot” undi kaum majoriti negara seperti DAP membolot 90 peratsu undi Cina dan Pas terus terjun pada politik majoriti,” jelas Lian Ker.
Menurut beliau, isu induknya ialah DAP tunggang atas idealisme “socialism” dan Pas atas politik agama.
“DAP tidak berani meneruskan dengan janji-janji sosialis mereka dan dipaksa bertindak pragmatik kerana sokongan mereka dari kalangan sokongan minoriti.
“Namun majoriti Melayu masih lagi DAP phobia.
“Adakah Pas akan bertindak mengikut “emosi” majoriti nanti sekiranya mereka berkuasa nanti kerana majoriti mereka akan menjadi majoriti “mutlak” atas nama agama? soal beliau.



