Saya jeneral jaga akar umbi, Samsuri urus strategi, hala tuju – Sanusi tolak cadangan jadi Pengerusi PN

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menolak jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) meskipun namanya dicalonkan bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah meletakkan jawatan.

Sebaliknya, Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas itu mencadangkan nama Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai calon yang lebih sesuai untuk menerajui gabungan berkenaan.

“Saya cadangkan calon yang lebih layak, Dr Ahmad Samsuri iaitu Menteri Besar Terengganu.

“Beliau lebih baik daripada pengerusi sebelum ini. Tidak perlu banding dengan saya,” lapor Sinar Harian pada Jumaat.

Sebelum ini, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa Khamis lalu susulan krisis politik di Perlis.

Susulan perkembangan itu, timbul desakan daripada Pas agar jawatan Pengerusi PN diserahkan kepada pimpinan parti berkenaan.

Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Ahmad Yahaya turut menyatakan persetujuan terhadap pencalonan Sanusi sebagai pengerusi gabungan tersebut.

Sanusi menegaskan bahawa kelebihan Ahmad Samsuri dalam merangka strategi politik parti menjadikannya calon paling sesuai bagi jawatan berkenaan.

“Saya jeneral di medan, jaga tentera. Kerja saya di akar umbi.

“Beliau pula menguruskan strategi dan mengendalikan ‘roadmap’ (hala tuju),” ujarnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat