Mural Art Kampung Boys serlahkan kreativiti & identiti profesional JKE PUO

Oleh Zihan Zari

IPOH – Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Politeknik Ungku Omar (PUO) terus komited dalam memperkasa suasana pembelajaran yang kondusif dan bermakna menerusi Projek Mural Art JKE yang dilaksanakan oleh kumpulan pelajar ‘Kampung Boys’ semester 5, Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (BET3A).

PUO dalam kenyataan berkata projek ini merupakan sebahagian daripada pelaksanaan kursus MPU34102: Khidmat Masyarakat yang bertujuan untuk membina sahsiah dan semangat tanggungjawab sosial dalam kalangan pelajar.

“Melalui projek mural ini, pelajar telah berjaya menceriakan persekitaran jabatan sambil menyampaikan mesej identiti, inovasi dan profesionalisme melalui sentuhan seni berkonsepkan teknologi dan kejuruteraan.

“Pelaksanaan projek melibatkan fasa perancangan teliti, penyediaan bahan, serta proses melukis dan mewarna mural yang dijalankan secara berperingkat.

“Usaha ini turut disokong sepenuhnya oleh pihak jabatan dan tenaga pengajar sebagai satu bentuk kolaborasi kreatif antara pelajar dan komuniti akademik, ”kata kenyataan itu.

Majlis perasmian mural telah disempurnakan oleh Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik PUO, Annuar Baharuddin dan disaksikan oleh warga JKE serta pelajar yang terlibat.

“Mural ini bukan sahaja menambah nilai estetika ruang jabatan, malah mencerminkan aspirasi dan semangat pelajar dalam memartabatkan nilai kebersamaan serta kebanggaan terhadap bidang kejuruteraan elektrik, ”katanya lagi.

Dalam kenyataan yang sama, Pengarah PUO, Dr. Hjh. Salmi Che Meh turut merakamkan ucapan tahniah kepada kumpulan pelajar atas inisiatif tersebut.

Beliau berkata PUO bukan sahaja menekankan khidmat masyarakat kepada komuniti luar, malah turut prihatin terhadap ruang-ruang yang boleh ditambah baik dalam institusi sendiri.

“Usaha seperti ini bukan sahaja menceriakan persekitaran, malah menyemai rasa tanggungjawab dan kecintaan pelajar terhadap institusi mereka.

“PUO amat menghargai sumbangan idea, tenaga dan kreativiti semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek ini. Inisiatif sebegini diharap dapat diteruskan dalam memperkasakan semangat kolaboratif dan nilai-nilai murni dalam kalangan warga politeknik, ”katanya lagi. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat