Ada Menteri, Timbalan Menteri disingkir, tukar portfolio

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan barisan Kabinet Kerajaan Madani yang baharu dengan menyaksikan beberapa lantikan baharu dan pertukaran portfolio menteri dan timbalan menteri.

Menteri Wilayah Persekutuan yang dahulunya dijawat oleh Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa kini diganti Hannah Yeoh yang sebelum ini Menteri Belia dan Sukan.

Bagi posisi Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan ia digalas oleh Lo Su Fui.

Manakala Menteri Sabah dan Sarawak kini ialah Mustapha Sakmud.

Perubahan juga berlaku untuk jawatan Menteri Hal Ehwal Agama yang kini diterajui Dr Zulkifli Hasan menggantikan Datuk Mohd Na’im Mokhtar manakala timbalannya ialah Marhamah Rosli.

Di Kementerian Kewangan hanya melibatkan perubahan portfolio Timbalan Menteri, apabila Liew Chin Tong dipilih menggantikan Lim Hui Ying yang kini menjawat Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air hanya menyaksikan perubahan Timbalan Menterinya iaitu Datuk Abdul Rahman Mohamad yang bertukar dari Timbalan Menteri Sumber Manusia.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan juga berubah apabila Chan Foong Hin dilantik menggantikan Arthur Joseph Kurup.

Lukanisman Awang Sauni juga bertukar ke portfolio Timbalan Menteri Luar Negeri yang menggantikan Mohamad Alamin yang berpindah ke Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Selain itu, perubahan portfolio juga melibatkan Adam Adli Abd Halim yang kini menjadi Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi bertukar dari Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Timbalalan Menteri Pelancongan pula diisi Chiew Choon Man menggantikan Khairul Firdaus Akbar Khan yang berpindah ke Timbalan Menteri Sumber Manusia.

Timbalan Menteri Perpaduan Negara kini ialah Yuneswaran Ramaraj.

Sementara itu, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berubah total apabila Datuk Seri Johari Ghani dilantik Menteri MITI manakala Timbalannya ialah Sim Tze Tzin.

Di Kementerian Kesihatan menyaksikan perubahan di posisi Timbalan Menteri yang kini dijawat Hanifah Hajar Taib.

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi kini diterajui Steven Sim Chee Keong manakala Timbalannya Mohamad Alamin.

Kementerian Ekonomi kini mendapat Menteri baharu iaitu Akmal Nasrullah Nasir dan Timbalannya Mohd Shahar Abdullah.

Bagi Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam pula mendapat Menteri baharu iaitu Arthur Joseph Kurup manakala Timbalannya Syed Ibrahim Syed Noh.

Kementerian Perladangan dan Komoditi kini diterajui Datuk Seri Noraini Ahmad mankala Timbalannya ialah Huang Tiong Sii.

Dalam pada itu, Kementerian Sumber Manusia juga bertukar tangan apabila kini ia diterajui Ramanan Ramakrishnan dan Timbalan Menterinya ialah Khairul Firdaus Akbar Khan.

Menteri Belia dan Sukan juga membabitkan lantikan baharu iaiatu, Dr Mohammed Taufiq Johari diangkat menggantikan Hannah Yeoh manakala Timbalan Menterinya Mordi Bimol mengganti Adam Adli.

Perdana Menteri memaklumkan istiadat angkat sumpah Kabinet baharu akan berlangsung jam 10 pagi di Istana Negara esok 17 Dis manakala mesyuarat Jemaah Menteri pada jam 2 petang hari sama.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat