Jabatan Penjara teliti dakwaan Lawyers for Liberty berhubung masalah bekalan air, kebersihan dan makanan di Penjara Kajang

KUALA LUMPUR – Jabatan Penjara Malaysia mengambil maklum kenyataan media Lawyers for Liberty bertarikh 15 Oktober 2026 berhubung dakwaan gangguan bekalan air serta keadaan kemudahan kebersihan dan penyediaan makanan di Penjara Kajang.

Jabatan Penjara dalam kenyataan pada Khamis berkata, pihaknya sedang meneliti dakwaan yang dibangkitkan bagi mengenal pasti keadaan sebenar serta memastikan perkara berkenaan diberikan perhatian sewajarya.

“Pada masa yang sama, langkah penambahbaikan segera akan diberikan keutamaan untuk menangani sebarang kekurangan yang dikenal pasti, khususnya berkaitan kemudahan asas, kebersihan dan kebajikan penghuni.

“Jabatan ini sentiasa menitikberatkan aspek kebajikan, kesihatan. kebersihan dan keselamatan penghuni, termasuk penyediaan keperluan asas selaras dengan peraturan serta prosedur yang berkuat kuasa.

“Sehubungan itu, orang ramai diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan berhubung perkara ini bagi mengelakkan kekeliruan dan kegusaran awam.

“Orang ramai juga disaran supaya merujuk kepada saluran rasmi Jabatan Penjara Malaysia untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan tepat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat